Monday 24 December 2012

Bila Tak Mampu Bahagia, Jangan Memilih Duka

Dan bila kamu tidak mampu berbahagia dengan kebahagian yang dinikmati oleh orang lain, jangan rosakkan diri dengan berduka cita atas kebahagiaan mereka.
Itulah perkara yang SIA-SIA.

mereka bahagia atas apa yang Allah SWT takdirkan untuk mereka. sedang kamu mahu berduka cita, merosakkan diri kerana mencemburui takdir Tuhan yang tertulis buat mereka? "

P/s: Janganlah menzalimi diri...^_^

Monday 26 November 2012

MM Transisi BBA: Antara Tanggungjawab Sosial Dan Kefahaman Pengguna?


Dalfiza Mohd Yusof
P-SM0231/11
Sarjana Pengurusan Pembangunan Islam
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang

Dalam Islam, kita tidak dibenar menjadikan pembiayaan sebagai instrumen untuk memperoleh keuntungan, sebaliknya hanya dibolehkan menerusi kontrak jual beli. Berikutan itu, perbankan Islam di seluruh dunia tidak dibenarkan meraih keuntungan daripada pembiayaan, menyebabkan mereka mencipta produk berasaskan pelbagai jenis konsep jual beli bagi meraih keuntungan sah di sisi Islam. Bai Bithaman Ajil (BBA) atau ‘jual beli secara tangguh pembayaran’ adalah satu daripada produk digunakan kebanyakan bank Islam di Malaysia yang diluluskan Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan, Bank Negara Malaysia (BNM). Mengikut statistik, konsep BBA sangat popular dan digunakan dengan meluas di Malaysia. Sehingga Disember 2005, konsep BBA digunakan sebanyak 52.9 peratus dalam penerbitan Bon Islam (Sukuk) berbanding konsep lain. Konsep ini turut digunakan sekitar 41 peratus dalam produk pembiayaan kewangan pelanggan termasuklah pembiayaan perumahan.

Di Malaysia, sistem pembiayaan perumahan secara Islam ditawarkan melalui dua bentuk kontrak muamalat. Pertama, kontrak berasaskan pembiayaan jual beli dan sewaan (hutang) seperti Murabahah, Bai’ Bithaman Ajil (BBA), BBA Komoditi, Ijarah Thumma Bay dan Istina. Kedua, kontrak berasaskan pembiayaan ekuiti seperti Mudarabah, Musharakah dan Musharakah Mutanaqisah (MM). Berikut adalah senarai IPI di Malaysia yang terlibat dalam menawarkan produk pembiayaan perumahan mengikut konsep Syariah.



Senarai Produk Pembiayaan Perumahan dan Konsep Syariah Mengikut IPI di Malaysia

IPI
Produk
Konsep Syariah
Kuwait Finance House Bhd
Musyarakah Mutanaqisah Home Financing-i
Istisna’a Home Financing-i
MM

Istisna
Maybank Islamic Bhd
Home Equity-i
Home Financing-i
MaxiHome-i
MM
BBA
BBA
RHB Islamic Bhd
Equity Home Financing-i
MM
Citibank Islamic Banking Bhd
Home partner-i
MM
Hong Leong Islamic
Hong Leong Flexi Property Financing-i
BBA
BMMB
Muamalat House/Shop House Financing (BBA)-i
Muamalat Home Financing (Istisna’)-i
BBA

Istisna’
CIMB Islamic
Home Financing-I
Flexi Home Financing-i
Ijarah Property Financing-i
BBA
BBA
Ijarah Muntahiyah Bittamik
BIMB
Baiti Home Financing-i
Wahdah Home Refinancing-i
BBA
BBA
Public Islamic
ABBA Financing-i
ABBA Variable Rate Financing-i
BBA
BBA
HSBC
Home Financing-i
BBA
Affin Islamic
Home Financing-i
Flexi Home Financing-i
Premier Corporate Home Financing-i
BBA
BBA
BBA
Alliance Islamic
i-Wish Home Financing-i
i-Wish Flexi Home Financing-i
BBA
BBA
AmIslamic
Home Financing-i
Flexi Home Financing-i
BBA
BBA


Selain mempunyai peratusan yang tinggi dalam penerbitan Bon, jadual diatas jelas menunjukkan bahawa kontrak BBA masih menjadi keutamaan di Institusi Perbankan Islam (IPI) di Malaysia. Dengan kata lain, IPI di Malaysia lebih cenderung mengadaptasikan kontrak yang mempunyai pulangan yang tetap seperti BBA berbanding mengimplementasikan konsep perkongsian keuntungan dan penyerahan ekuiti seperti MM dalam hal pembiayaan perumahan. Justeru banyak isu timbul hasil  implementasi BBA yang dikatakan tidak menepati kehendak Syariah. Menurut Fadzilah Azni Ahmad di dalam bukunya Pembiayaan Perumahan Secara Islam: Antara Nilai Komersial dan Tanggungjawab Sosial, pembiayaan BBA adalah lebih mahal berbanding konvensional walaupun hal ini tidak bercanggah dengan Syariah. Aplikasi konsep BBA versi Malaysia adalah gabungan dua konsep iaitu Bai’ Inah (jual dan beli semula) dan Bai Muajjal (jualan dengan bayaran bertangguh dan ansuran). Selain dikecam kerana dikatakan menindas pengguna, perkara ini secara tidak langsung telah memberikan satu imej perbankan Islam yang sedikit kurang inovatif di Malaysia pada mata pihak antarabangsa, lantas mengurangkan minat pelabur Arab untuk turut serta memeriahkan perbankan Islam di Malaysia.

Menurut pemerhatian peribadi penulis, yang dikatakan perbankan Islam menindas adalah dari perspektif operasi. Sesetengah produk perbankan Islam dikatakan mahal kerana kadar keuntungan tetap tidak seperti kadar faedah konvensional yang berubah-ubah mengikut pasaran. Dalam situasi ini, institusi kewangan sebijaknya mencari solusi dengan menampilkan formula yang lebih kompetitif kepada pelanggan. Tambahan lagi, institusi kewangan hari ini didokong oleh Ahli Penasihat Syariah yang sentiasa memantau keseluruhan operasi, produk dan servis.Seharusnya mereka yang berkepentingan ini dapat mengetengahkan proses yang lebih effektif kepada pengguna kewangan umumnya dan pengguna Muslim khususnya.

Bagaimanapun, perbankan Islam hari ini berjaya mempelbagaikan produknya menerusi konsep Syariah yang bersesuaian. Cendikiawan Syariah dan pengamal perbankan Islam di Malaysia dilihat semakin inovatif dan kreatif dengan mengutarakan pelbagai konsep baru yang lebih global. Sebagai contoh, konsep BBA yang sering menjadi teras bagi pembiayaan perumahan kini mengalami transisi kepada konsep pembiayaan perumahan baru yang lebih baik seperti Musharakah Mutanaqisah (pemilikan berkongsi secara menurun) dan Ijarah Muntahiyah Bit Tamleek (sewaan yang berakhir dengan pemilikan). Transisi pembiayaan perumahan berasaskan perkongsian dilihat sebagai alternatif bagi menggantikan pembiayaan perumahan berasaskan hutang yang diguna pakai di awal pengenalan Sistem Perbankan Islam (SPI) di Malaysia.

Musharakah Mutanaqisah (MM) merupakan satu bentuk perkongsian di mana salah seorang rakan kongsi berjanji untuk membeli bahagian pemilikan rakan kongsi yang lain secara beransur-ansur sehingga ia dimiliki sepenuhnya. Berdasarkan kontrak ini, institusi perbankan dan pelanggan menyumbang bahagian modal masing-masing yang diperlukan untuk memperoleh harta yang berkenaan menurut nisbah yang telah ditentukan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak pada permulaan kontrak. Institusi  perbankan menyewakan harta itu kepada pelanggan dan pelanggan berjanji untuk memperoleh pemilikan sepenuhnya terhadap harta itu secara beransur-ansur daripada institusi perbankan sepanjang tempoh yang telah dipersetujui. Setelah pelanggan memperoleh sepenuhnya bahagian milik institusi perbankan terhadap harta berkenaan, maka perkongsian tersebut berakhir dan pelanggan menjadi pemilik tunggal harta itu. Kontrak ini mengandungi unsur kontrak jual dan sewa yang menjadi keperluan asasi untuk memastikan tiada lansung unsur faedah (riba) dalam transaksinya.

Walaupun baru dan masih memerlukan penambahbaikan, namun aplikasi pembiayaan perumahan MM dilihat mematuhi prinsip asas kewangan Islam selain bebas daripada kontroversi, tidak membebankan, menjaga kebajikan pengguna, dan turut menjaga kepentingan bank. Mekanisme pembiayaannya pula adalah berlandaskan aktiviti perdagangan dan perniagaan sebenar yang menjana keuntungan yang halal dan berpatutan. Ini mengukuhkan lagi hubungan antara aliran kewangan dengan aliran produktif yang merupakan tunjang kewangan Islami. Seterusnya dapat melindungi sistem kewangan Islam daripada risiko berkaitan aktiviti hutang yang berlebihan dan aktiviti kewangan yang berbentuk spekulasi. Dengan kata lain, ciri-ciri perkongsian risiko dan untung dalam urusniaga kewangan Islam seperti kontrak MM bertindak sebagai mekanisme dalaman tambahan yang mengukuhkan lagi insentif untuk menerapkan amalan pengurusan risiko yang mantap oleh institusi kewangan Islam.

Namun apa yang lebih penting adalah ilmu pengetahuan dan kefahaman. Dakwaan perbankan Islam tidak telus, kurang adil dan menindas pelanggan lazimnya didasari oleh faktor kurangnya kefahaman terhadap konsep SPI. Di tambah pula mendengar cerita daripada orang lain. Dalam konteks pendidikan kepenggunaan misalnya, kefahaman mengenai ilmu syariah dan muamalah sangat dititikberatkan. Memiliki ilmu dan faham mengenai sesuatu perkara atau isu sangat penting bagi membolehkan perbahasan dan perbincangan kita lebih menjurus kepada diskusi ilmiah dan bermanfaat.  Sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran, Surah Az-Zumar, ayat 9 yang bermaksud :

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.”

Oleh itu, amatlah penting kepada pengguna kewangan terutamanya pengguna Muslim hari ini mengambil cakna berkenaan pembiayaan perumahan yang akan digunakan untuk membiayai rumah mereka. Ilmu pengetahuan pula hendaklah melalui kefahaman yang kukuh, bukan dari warisan turun-temurun atau ikutan orang ramai. Tambahan pula, sebagai seorang Islam yang faham tentang din Islam itu sendiri, memilih produk pembiayaan rumah secara Islam berdasarkan kefahaman adalah menjadi satu kewajipan kerana ianya berkait rapat dengan sebuah rumah yang kita jadikan sebagai tempat ibadat.

Penulis adalah pelajar sarjana sepenuh masa USM dan bekas pengamal perbankan. 

Sunday 26 August 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME..)




Today is my 29th birthday. Yeahh..I'm getting older but age is just a number. Most important thing is to be thankful to Allah! Alhamdulillah cause Allah swt still give me an opportunity to serve Him. Many thanks to my friends, sisters, brothers and ex-students for wishes, good words and prayers. Semoga pertambahan usia ini seiring dengan pertambahan iman..=)

Monday 20 August 2012

Ya Rabb..Aku datang menujuMu.

Bismilahirahmanirahim...

"Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan." Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi


Labbaikallahumma Labbaik! Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah.


Tenang. Masjid Nabawi Madinah Al Munawarah.
Bumi rahmah mengenggam jasad Rasulullah SAW tercinta


Bersama Ma di lokasi perkuburan syuhada Uhud





Makam syuhada Uhud. Menghayati semangat pejuang Islam yang  terkorban demi
mendaulatkan agama Allah.



Umrah pertama. Jemaah terlalu ramai.  Sayup-sayup melihat  ka'abah dari kejauhan.


Saat ni terdiam. Aboh bawa kami tawaf sunat sebelum berbuka puasa. Kali ni Ka'abah didepan mata! Aku sunguh-sunguh tengoknya berkali-kali. Alhamdulillah

                                         

Paling kanan: Aboh. Aku dengan ma dibelakang aboh. Sempat rakam gelagat jemaah yang merapatkan saf utk menunaikan solat magbrib selepas berbuka puasa. Seperti biasa, menu utama kurma yang lazat dan air zam-zam yang sejuk 



Aboh dan Ma berlatar belakang Jabar Thur. Disinilah terletaknya Gua Thur. Tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Abu Bakar As Siddiq yang lari dari ancaman Musyrikin Quraisy sebelum Baginda dan Saidina Abu Bakar meneruskan penghijrahan ke Madinah.






Puncak Jabal Nur. Disinilah terletaknya Gua Hira'. Tempat Rasulullah SAW berkhalwat selama 44 hari. Suhu panas mencecah 47 darjah celcius. Oleh kerana dalam keadaan berpuasa dan ramai jemaah dari golongan yang berusia, kami hanya melihat dari kaki bukit. Jauh dalam hati ingin  menawan bukit ini. Menyemat semangat Siti Khadijah. Beliau berusia 55 tahun ketika memanjat bukit mghantar bekalan makan untuk suami tercinta. Seorang isteri yang sentiasa menyokong suami. Mampukah aku?


Jabar Rahmah. Ya Allah. Berikanlah cintaMu kepadaku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.




Jemaah menuju  Masjidil Haram menunaikan solat Zohor. Menurut mutawif, tiada sekatan kemasukan dari Arab Saudi untuk ibadah umrah. Apatah lagi di musim Ramadhan. Jadi jemaah dari pelusuk dunia datang setiap bulan Ramadhan adalah menyamai malah dijangka melebihi jemaah pada musim Haji. Mereka bertumpu mendirikan ibadah, bersatu dibawah satu kalimah dan hadir dengan satu niat membesarkan Ilahi...Allahuakbar!






Saya dan ma selalu dapat tempat di basement. Basement ini tempat yang dikhaskan untuk wanita yang membawa anak kecil. Nak buat cane..tempat selalu penuh. Jemaah dari India, Morocco, Republic of cha (ini antara yang saya sempat temubual lah) semua berkampung dan tidur di Masjid. Biasanya lepas zohor kami iktikaf dulu di Masjid. Mengaji ke, solat sunat ke. Lepas tu aktiviti wajib saya ialah ambik air zam-zam di tempat dalam gambar diatas. Seludup bawa balik hotel. Bergelen-gelen jugalah saya angkut buat minum dan mandi sebab cuaca terlampau panas. Air kat toilet pun macam air panas mendidih. Bak kata aboh, " Kalau nak buat air teh, tak payah rebus air lagi dah"..Hihihi.




 Jemaah semakin ramai apabila masuk waktu Asar walaupun cuaca semakin terik. Kelihatan jemaah mula memenuhi perkarangan Al-Haram untuk mengambil tempat solat Asar, berbuka puasa, solat maghrib sekaligus menunaikan ibadah terawih yang berlipat kali ganda pahala pada malamya







Suasana 10 malam terakhir Ramadhan. Saf hingga 1 kilometer. Menurut mutawif, jemaah terlalu ramai. Dianggarkan melebihi 1 juta. Dan jangan terkejut sekiranya di malam kemuncak 27 dan 29 bakal mencecah 3 juta jemaah. Sungguh syahdu. Berbagai ragam, pelbagai bangsa dan bermacam peringkat umur mengejar pahala berganda. They hunt for Lailatul Qard!



Suasana sepanjang perjalanan pulang ke hotel. Kiri kanan jalan dipenuhi jemaah yang berterawih. Saat ini kami baru selesai umrah ketiga.



Ini pula antara kumpulan jemaah yang tidak berjaya masuk ke Al-Haram. Mereka berterawih di kaki lima sepanjang pintu masuk Shopping Complex Al-Safwah. Gambar ini saya rakam ketika memasuki shopping complex untuk berbuka puasa '2nd round'. Bukannya tak makan masa berbuka tadi...Tp lapar semula. Sungguh saya keletihan mengerjakan umrah dengan hanya mengalas kurma dan air zam-zam. Ketika sa'ie itulah, baru saya terasa keperitan Siti Hajar berulang-alik mencari air di tengah padang pasir yang terik.







Mula-mula masuk ke Al-Safwah yang gah tu memanglah teruja nak shopping. Tapi akhirnya niat saya terbantut apabila melihat ruang Mall, kiri dan kanan butik, depan eskulator penuh dengan jemaah yang berterawih sebab Al-Haram penuh. Tiada suasana raya...apatah lagi lagu raya. Yang kedengaran bacaan sayu tinggalkan Ramadhan.





Jadi, saya berbaliklah kepada niat asal berbuka puasa '2nd round' di sebuah  restoran Malaysia di Mekkah iaitu D' Felda. Lepas jugalah rindu dengan makanan Malaysia roti canai..hehe..Alhamdulillah.





Malam 28 Ramadhan. Kami gagahi langkah dalam lautan umat Muhammad SAW. Malam terakhir yang sungguh syahdu



Tak lepas memandang ka'abah di malam terakhir. Berkali-kali aku menatapnya di saat menunaikan tawaf wida'. Semoga bertemu lagi.



Ma bergambar belatar belakang Laut Merah. Kami transit di Masjid Terapung Ar-Rahman untuk solat asar sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang.



Dilokasi yang sama. Hehe..nak jugak bergambar.






Inilah Masjid Terapung Ar-Rahman, Jeddah. Lokasinya di pantai Laut Merah. Walaupun hanya singgah sebentar menunaikan solat asar, namun berada di masjid ini teringat akan kisah mukjizat yang diberikan Allah SWT berupa tongkat kepada Nabi Musa untuk membelah Laut Merah sewaktu dikejar bala tentera Raja Fir'aun demi menegakkan agama Allah. Usai solat, kami bergerak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Kami dijadualkan berbuka puasa dan solat maghrib disana. Selanjutnya menaiki penerbangan pulang ke Malaysia dan kampung halaman Terengganu menyambut hari kemenangan Aidilfitri.





Selamat tinggal Madinah AlMunawarah dan Makkatul Mukarramah. Semoga Allah menerima amalanmu dan amalan kami semua..Amin~


Wednesday 4 July 2012


"Menulis kerana itu cara saya memberitahu diri.
 Menulis kerana itu cara saya memahami erti"


-Abu Saif via Inani My

Wednesday 27 June 2012

Sunday 24 June 2012





Ada waktunya 
kita lelah untuk 
berasumsi dengan 
perasaan dan memilih
 berada di dalam 
ketidaktahuan 
yang nyaman.


*source: mfsyaa



Saturday 23 June 2012

Do you?


Have you ever preferred to hide your feelings? Hiding how you feel behind a fake smile, because you don’t want anyone knowing how you feel. You know they have their own problems, and don’t want to bother them with yours. You would prefer pretending to be happy, and hiding that you miss someone who doesn’t even appreciate you, or hiding your sadness, because you know the feeling is only temporary and that eventually you’ll find a reason to be happy again.

Friday 22 June 2012

Absolutely True..!


The reason why daughters love their dad 
the MOST is because they know that
 there is at least one man out there 
who will never hurt her!


~ I love you aboh..!! You have been the best dad a girl could ever ask for. Luv you s0ooo much.....And I want to thank you for taking such good care of ma.~

Monday 18 June 2012

Rindunya Kolam..!

Musim exam melanda. Stressnya..! Eh..semester ni satu paper je kot? Apa yang stressnya? Memanglah satu paper..tapi yang stressnya dengan disertasi kesayangan saya tu. Time stress macam ni mulalah teringat kolam. Rindunya kolam.

Buat apa di kolam? Hehe..berenang la. Antara sukan yang saya enjoy ialah renang. Berenang ialah sukan yang bagus kawan-kawan. Bahkan ianya sukan yang dianjurkan Rasulullah SAW. Tapi ramai yang anggap renang ni gaya sukan elit dan mahal. Kalau kat kampung, saya selalu di kolam tertutup Pusat Akuatik Batu Buruk. Boleh berenang up to 2 hour dengan bayaran rm4. Err..mahal ke rm4? Tengok wayang lagi mahal kot.  Di Kampus USM pula RM1 je. Boleh berenang dari pagi sampai petang. Cuma tak selesa sebab outdoor pool. Jadi kalau nak pergi kene pergi ladies day jer iaitu hari selasa dan khamis.Alhamdulillah setakat ini, sukan renang banyak menolong ‘improve’ penyakit  asma saya. Apa lagi kebaikan berenang ye? Jom share sedikit info tentang sukan renang.


Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina (sistem kardio). Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.


Islam menggalakkan umatnya bersukan sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w, 
Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang lemah.
(riwayat Muslim)



Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat’.Ini semua semenangnya selaras dengan kajian saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.Riwayat Thabarani: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: 
1. Seorang laki-laki yang berjalan antara dua sasaran (untuk memanah)
2. Seorang yang mendidik kudanya (menunggang)
3. Bermain-main seseorang dengan isterinya.
4. Belajar berenang. 


Ada banyak lagi sebab untuk berenang, tetapi, secara peribadi, saya berlatih untuk kesihatan fizikal kerana saya percaya, kesihatan fizikal mendorong kepada kesihatan emosi dan mental. Emosi dan mental yang sihat pula mendorong kepada meningkatnya kesihatan spiritual. Boleh terima ke? Cubalah sendiri. Ajak kawan-kawan anda sekali..=)

Tak mahal pun kan..kan?kan?kan?

My favorite pool (25mx 18m and 8 feet)

Rindunya kolam..!



Sunday 17 June 2012

Kenapa Blog?

Saya ditanya oleh kawan saya kenapa blog? Alahai..macam mana nak explain ye. Saya bukanlah seorang yang suka menulis diari. Tetapi sejak saya di USM, saya digalakkan menulis blog untuk melatih diri dalam penulisan. Bak kata guru saya...Blog adalah wadah yang paling senang untuk melatih diri dalam menulis. Kenapa?  Sebab kalau kamu menulis tesis atau jurnal, ia mengambil masa yang panjang untuk diterbitkan. Berbeza dengan blog, hanya klik pada ikon 'Publish'...maka penulisan kamu akan terbit. 

Jadi, jawapan kepada kenapa blog ialah untuk melatih diri membuat penambahbaikan terhadap penulisan. Disamping berkongsi ilmu dan pengalaman dengan kawan-kawan yang sudi jadi follower diluar sana.. =)

Saya mula aktif menulis blog ini pada 2011. Ya..dengan usia saya yang bukan remaja lagi ni, pengenalan dengan dunia blog sudah dikategorikan terlewat. Tapi tak mengapalah..better late than nothing. Stuju? Haa..Inilah dia orang yang memperkenalkan saya kepada dunia blog,,Namanya Nora Asmahani...walaupun tujuan asalnya adalah 'main-main' je. Tak sangka perkenalan di Unisza Terengganu membawa hingga ke USM Penang...

Secretariat IMAC (International Management Conference) UnisZa
 di Taman Tamadun Islam Terengganu
**gambar adalah dicedok dari Nora Asmahani pemilik blog http://beautifulnora.blogspot.com



Saturday 16 June 2012



ADANYA 
SEDIKIT PENGETAHUAN 
DISEBALIK "AKU TAK TAHU", 
SEDIKIT EMOSI 
DISEBALIK "AKU TAK KISAHLAH", 
SEDIKIT PERASAAN TERLUKA 
DISEBALIK "TAK PE"



Kan...???

Wednesday 2 May 2012


Jika takdir ALLAH menentukan yang kita bukan dengan dirinya, Kita tidak akan bersama dengannya.., Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, Kita tetap akan bersama dirinya.., Karena tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar... dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang...Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T

Friday 20 April 2012

Awan Nano

Pernah dengar lagu Awan Nano?  Tajuk lagu 'Awan Nano' bukan sahaja unik malah mempunyai kekuatan tersendiri dari segi emosi, moral, penyampaian dan lirik yang puitis. Lagu ini dihasilkan oleh komposer M.Nasir manakala liriknya oleh Buddhi Hekayat..Pada mulanya saya tertanya-tanya juga maksud tajuk lagu ini. Disebabkan curious nak tahu..saya mula google lirik lagu awan nano. Kalau di kampung saya nano tu maksudnya nakal. Nano= Nakal/ Tak reti duduk diam. 

Contoh ayat : Anok sape la nano ngat ning?? (Anak siapa la nakal sangat ni??)

Persoalannya, kenapa pulak awan tu nakal ye? He3..




Rupa-rupanya awan itu bukanlah awan yang berada di langit atas sana. Nukilan orang seni sangat tinggi bahasanya dan pengertiaanya. Namun berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya yang terhad ini, bolehlah dirumuskan serba sedikit tentang lagu yang saya suka ini.  Awan Nano menurut penulis lirik tersebut, ialah 'awan yang berselerakan'. Awan yang melindungi. Inspirasi lirik dari sebuah kisah manusia agung Nabi Muhammad SAW. Semasa zaman kanak-kanak Baginda, perjalanan kekasih Allah itu dilindungi awan.

Pada suatu hari pendeta Buhaira melihat awan yang mengikuti serombongan kafilah Arab yang dalam perjalanan menuju ke Syam.Awannya bergerak aneh, sekejap ke kanan, sekejap ke belakang, sekejap ke depan. Seolah-olah mengikut sesuatu. Rombongan kafilah Arab itu dipimpin oleh bapa saudara Nabi bernama Abu Talib RA. Nabi Muhammad juga turut serta didalamnya. Akhirnya kumpulan itu behenti di sebuah gereja yang menjadi tempat persinggahan musafir dan peniaga untuk berehat.  Lalu pendeta Buhaira mendapat idea untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki yang dilindungi itu. Maka pendeta itu menjemput kumpulan berkenaan untuk menjamu selera. 

Maka semua orang masuk, tapi awan itu tidak berganjak. Pendeta itu menahan bapa saudara Muhammad saw, Abu Talib, lalu berkata "Ada orang lagi yang tinggal?". Jawabnya, "hanyalah anak saudaraku, ia masih kecil..tidak layak sertai jamuan orang dewasa ini." Pendeta itu memberitahu supaya dipanggil anak itu. Apabila anak itu bergerak, maka awan itu bergerak. Ternyata awan itu bergerak di mana sahaja anak itu bergerak, untuk melindungi nya.

Setelah diselidiki, maka gembiralah pendeta Buhaira apabila mendapati anak kecil tersebut mempunyai tanda kerasulan. Dengan semua bukti yang ada, yakinlah hati pendeta tentang anak ini bakal diangkat menjadi rasul. Lantas dia memberi nasihat kepada Abu TAlib agar anak ini dijaga dengan baik kerana dia akan menjadi manusia yang maha penting. Abu Talib berjanji akan menjaga Muhammad saw sebaik-baiknya. Malah kasihnya pada Nabi Muhammad SAW makin bertambah.

Itulah kasih-sayang dalam konteks cinta agung Allah dan kekasihNya, Muhammad SAW.  Dalam konteks yang lebih kecil, awan nano didalam lagu ini digambarkan sebagai kasih sayang ayah & ibu kepada anaknya. Diri mereka ibaratnya awan dilangit. Jika anda mendengar dan cuba memahami liriknya, anda dapat rasakan apa maksud yang tersirat disebalik lagu ini. Sudah pasti hati anda akan tersentuh.


Awan beratur..
Nukilan Buddhi Hekayat membuktikan kasih dan sayang hadir tanpa kita sedari. Ikhlas dan kejujuran menjadi tunjang tulusnya kasih sayang dalam kehidupan sehari-hari. Keadaan panas dan dahaga menjadi simbolik kesusahan dan kesukaran yang kita alamai. Awan yang diperihalkan menjadi penyelamat. Hadir sebagai teman disaat kesulitan yang tidak pernah sedikit pun mengabaikan kita dan sentiasa berusaha membantu apabila memerlukan. Awan nano itulah menjadi teman waktu senang dan susah.

Awan nano setiap insan berbeza. Ada yang menganggap ayah merekalah awan nano yang sentiasa bekerja keras untuk masa depan keluarga. Ada juga yang berkata ibulah awan nano yang sebenar. Sesiapa pun  awan nano dihati anda, jangan pernah lupa diri mereka yang sentiasa ada untuk anda.

Awan nano memberi tafsiran yang cukup unik. Bagaimana kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dari khilaf wajar menghargai apa yang kita ada dan menikmati peluang yang diperolehi.


"Awan apabila memutih di langit, tidak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Kalau ada, adalah..Kalau tiada, tak mengapalah. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus.  Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit"

Awan Nanoku ..

*credit to ayluv untuk sumber gambar awan..