Wednesday 25 January 2012

Ketika aku..


Ketika aku minta yang tampan, aku berpikir sudah cantikkah aku? Ketika aku minta yang cukup harta, aku berpikir sudah cukupkah hartaku? Ketika aku minta yang baik, aku berpikir sudah cukup baikkah diriku? Bahkan…. Ketika aku minta yang soleh, bergetar seluruh tubuhku sambil berpikir panjang di hadapan cermin, sudah solehahkah aku?(Source: hanakikie)

Tuesday 17 January 2012

Syukur Ya Allah. Terima Kasih Prof..!



Salam Prof. Izinkan saya coretkan luahan hati saya dengan ringkasan perjalanan hidup saya.  Asal saya seorang gadis kampung dari Terengganu. Anak kedua dari 4 beradik. Ayah seorang ahli perniagaan, ibu suri yang penuh kasih sayang. Alhamdulillah saya membesar dalam keluarga yang sederhana dan penuh kasih sayang. Selepas tamat pengajian, saya bekerja sebagai guru sandaran. Namun tugas mendidik pelajar sangat mencabar. Saya diarahkan mengajar di sekolah harian dimana disiplin pelajar sangat ‘parah’. Kemudian, saya mendapat tawaran kerja bank. Sebenarnya saya pernah mendapat tawaran Diploma Pendidikan Lanjutan Ijazah (DPLI) tapi kerana memikirkan tidak layak menjadi guru yang baik, saya memilih ke bank. Pada saya, baik saya mendidik orang dewasa mengenai kewangan berbanding mendidik pelajar.

Tiga tahun di arena perbankan, rezeki saya sangat murah. Kejayaan dinilai berdasarkan ‘performance’ lalu ditaja pihak majikan bercuti ke dalam dan luar negara. Kerana performance yang baik jugalah, saya dinaikkan pangkat dan gaji. Namun hidup saya semakin ‘sempit’. Tekanan ditempat kerja, target yang semakin tinggi, masa kerja sehingga 14 jam sehari 7 hari seminggu menyebabkan ukhwah dengan keluarga renggang. Ingatkan menghadapi masalah sosial pelajar adalah paling menakutkan, tetapi lebih mengerunkan apabila masuk ke dunia pekerjaan sebenar. Lebih teruk, hubungan dengan Allah semakin jauh. Saya sesak. Sehinggalah saya mula berfikir mencari kerja lain. Setiap hari terdetik untuk berubah. Mahu lari dari dunia kalut ini. Saya cuba nasib ke Unisza. Tidak lama kemudian dapat panggilan sebagai  Felo Akademik. Dalam hati berkata..

“Ya Allah! Malunya diriku padaMu…Di saat diri ini lalai dari mengingatiMu, Engkau tetap menghulurkan belas kasihanMu kepadaku..”

Saya sempat mengajar di Unisza (sampai sekarang masih tak faham istilah Felo Mengajar di Unisza). Ketakutan saya selama bekerja disana adalah apabila melihat sebahagian ahli akademiknya yang tak kurang bezanya dengan pelanggan saya dahulu. Cuma bezanya, pelanggan saya sibuk mencari harta dunia. Setiap hari meminta dipantau pasaran semasa. Jelas matlamatnya ialah duit. Disini  pula sibuk membuat kertas kerja. Bila ditanya, jawapannya mengumpul kredit untuk diiktiraf. Ditambah dengan amalan free-riderism semata-mata mahu menjadi intelegensia akademia. Semua untuk nama dan pangkat. Ahh..walaupun dengan kaedah yang berbeza, matlamat mereka tetap sama. Mecari harta dunia. Saya binggung lagi.

Sehinggalah saya berjumpa dengan Dr Ahmad Azrin Adnan yang menyarankan saya menyambung pelajaran ke ISDEV. “InsyaAllah kamu bukan sahaja mendapat sekeping ijazah, malah akan bawa pulang kerohanian”. Tersentap hati  mendengar kata-kata tersebut. Terus laju diri ini balik dan membuat permohonan ke ISDEV. Tidak lama selepas itu, Prof berkunjung ke Unisza sebagai professor pelawat. Sungguh banyak persoalan terjawab selama 4 hari mengikuti wacana ilmu yang disampaikan Prof.  Seakan terpaku mendengar perbentangan Prof tentang kategori penggunaan peralatan Hati ke Hati. Sungguh dalam maksud yang disampaikan Prof. Terus ingatan saya menerobos ke masa lalu ketika saya takut melihat masalah sosial remaja sekolah lalu ‘lari’ dari menjadi guru. Ya! Sebenarnya inilah punca kenapa saya kecewa dengan diri saya sendiri. Saya gagal menjadi guru yang baik.  Hati saya sendiri tidak bersih, jadi bagaimana mahu menyentuh hati pelajar untuk mendengar nasihat saya?

Saya lari kononnya bekerja di bank lebih senang dari mendidik anak bangsa. Tapi hati saya tetap memberontak. Saya tak senang melihat orang-orang yang terlalu mencintai kekayaan dan berbangga dengan kemewahan. Cuma selepas mengenali Prof,barulah saya  tersedar. Prof mengatakan kemiskinan dan kekayaan itu perlu diukur berdasarkan keimanan. Saya tak setuju dengan tassawur kekayaan mereka, tapi saya juga tak terfikir tentang tassawur kekayaan iman sehingga diperkenalkan oleh prof. Ya! Sekali lagi, inilah yang saya cari. Oh…rupanya ini dinamakan tassawur. Wacana ilmu untuk kelas yang seterusnya menjadi semakin menarik. Tak sabar menunggu hari esok untuk berjumpa dengan prof. Kali ini prof menyentuh tentang free-riderism. Bagaimana ISDEV sangat menekankkan kualiti kertas kerja demi ilmu yang diredhai Allah. Kali ini saya menjadi semakin yakin tentang ISDEV. Inilah yang saya mahukan..!

Alhamdulillah, setelah bertahun-tahun akhirnya ‘larian’ saya sampai ke ISDEV. Saya yakin ini juga berkat doa orang tua dan orang-orang yang menyayangi saya. Sesuatu yang menyentuh perasaan saya apabila mempunyai keluarga besar ISDEV yang semangat ukhwahnya sangat tinggi, guru-gurunya sangat hebat dan tawaduk dan suasana belajarnya yang sangat menyentuh hati. Paling berkesan dihati saya ialah program Pembangunan Insaniah & Pemantapan Jasmani di Sedim Kedah. Kalau dahulu, saya dihantar bercuti ke luar dan dalam negara kononnya untuk meraikan penat lelah bekerja. Nah..balik dari bercuti, saya diberikan target yang lebih tinggi. Saya umpamakan mereka melayan saya seperti hamba kerja. Mula-mula memberi makan, bila dah kenyang terus disembelihnya saya dengan beban yang tinggi. Ya! Inilah hasil sistem sosial kapitalis dan liberal komunis yang diterapkan dalam kehidupan moden hari ini. Sungguh berbeza di Sedim, jiwa saya diisi dengan kerohanian. Seronoknya dapat solat berjemaah setiap waktu dan qiamulai  bersama keluarga ISDEV. Walaupun dua hari dan tak dihidangkan dengan ‘kemewahan’ dunia tetapi ia telah mengisi kekosongan dalam jiwa saya.Saya menjadi semakin bersemangat untuk bangun lewat malam mengadap Allah. Hati kembali hidup dengan menghadiri kelas pengajian hari selasa ditambah pula dengan tazkirah dalam kelas. Bak pesanan Prof di dalam kelas, “mintalah pada Allah..bercakap-cakaplah dengan Allah” dan “Ilmu itu perlu dipelajari, diamal dan diperjuangkan”. Semoga saya istiqomah...

Prof, saya semakin jelas dan yakin tentang perjuangan Prof. Banyak kata-kata Prof dalam kelas pengajian masuk ke dalam hati saya, diyakini oleh iman dan diterima akal saya. Tak cukup kertas kalau mahu dicoretkan semuanya. Tanggungjawab saya sebagai pendidik di Unisza selepas ini sangat berat. Kalau dulu saya takut saya tak mampu membawa amanah, tetapi sekarang sekurang-kurangnya saya mempunyai jawapan bila disoal Allah swt kelak akan sumbangan saya kepada manusia. Saya sunguh-sungguh sedang mempersiapkan diri saya ke arah itu. Saya harap Prof dan guru yang lain bukan sahaja dapat menurunkan ilmu malah dapat menjadi ayah dan ibu yang dapat membimbing jiwa dan rohani saya dalam perjalanan mencari dan terus mencari cinta Ilahi. Doakan saya Prof..

Khairun nas man yanfau'n nas..


NAMA : DALFIZA BINTI MOHD YUSOF
KURSUS: MASTER OF ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT (ISLAMIC ASSET MANAGEMENT)  USM  PENANG
FACEBOOK: Dalfiza Mohd Yusof





~Kandungan surat ini adalah luahan hati saya untuk guru merangkap ayahanda tercinta, Prof Muhammad Syukri Salleh [ http://syukri54.blogspot.com ] Ini bukanlah tugasan, tapi sebuah tulisan khas dihantar hujung semester 2011 yang berakhir baru-baru ini. Abadikan tulisan ini ke dalam blog agar dapat memberi ingatan kpd sahabat dan diri sendiri~

Sunday 15 January 2012

Nota Diri #3



Aku bukanlah wanita berilmu, aku pun belum layak menyandang gelar shalihah. Aku hanyalah wanita akhir zaman yang menaruh harapan menjadi Shalihah di hadapan Allah SWT
 
 

Sunday 1 January 2012

Allahumma yassir wala tu'assir

Do strive harder and smarter for final exam...! Go MISDEV 2011..!

 

Dalam kepayahan kita bergelut di 'medan' study week (meminjam kata2 Dr Suekainah, angkat pen yer.bukan angkat senjata di medan perang, hehe..) Marilah kita sama2 mengingati kembali pesanan Prof..Bergantunglah pada Allah sungguh-sungguh. Semoga Allah lapangkan hati kita semua dlm menempuh peperiksaan tak lama lagi.InsyaAllah..

Good Luck sahabat..=)