Thursday 22 March 2012

Tunduklah pada Allah yang Maha Berilmu..


Tanda ilmu itu berkat ialah,semakin tinggi ilmu kita, semakin tunduk rendah kita bertawaduk kepada Allah dan sesama manusia. Kita merasakan kehebatan Allah dan ketinggian ilmuNya sehingga kita berasa betapa kerdilnya ilmu kita. Bila telah sampai ke peringkat ini,terubatlah penyakit hati dan kita sentiasa berdoa sebagaimana doa imam Shafie, "Semoga didatangkan kebenaran diatas hujah lawanku".

~Sabar & Berdoalah..Sesungguhnya pertolongan Allah itu sangat dekat..

Sunday 18 March 2012

Barakllahulakuma wabarakah..

Majlis Perkahwinan adik. Bertambahlah ahli baru dalam keluarga kami..
Mempelai bergambar bersama ma & aboh. :)

Thursday 15 March 2012

Maqasid Syariah

MAQASID syariah secara umumnya adalah rantaian lima prinsip Islam yang asas iaitu menjaga dan memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, pada hari ini teras maqasid syariah sangat penting dalam penerapannya sebagai model strategik dalam pentadbiran negara ke arah negara maju dan harmoni.

Lima prinsip asas ini juga menjadi keperluan fundamental kepada pengukuhan sistem pengurusan kewangan dan ekonomi negara, pendidikan, politik di samping pemantapan pengurusan masyarakat majmuk secara menyeluruh malah, sebagai teras terpenting dalam pemerkasaan institusi perlembagaan serta perundangan negara berlandaskan prinsip maqasid syariah yang berpaksikan ketelusan, kebertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

Menurut Dr Murat Cizakca, maqasid syariah bermaksud matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan Allah untuk setiap hukum merujuk kepada pandangan I'lal al-Fasi. Sehubungan itu, ilmu maqasid pula adalah ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah.

Ini menunjukkan prinsip atau objektif asas ini adalah kerangka terpenting dalam aplikasi kehidupan seharian sebagai pemacunya, lebih-lebih lagi dalam realiti hari ini yang mencabar dan memerlukan satu pendekatan berkesan bagi memastikan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta terjamin.

Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mesti bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.

Komponen penting maqasid ini membuktikan bahawa Islam adalah sistem hidup lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa jua urusan kehidupan. Garis panduan ideal ini adalah bagi memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta terpelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan antara manusia.

Dalam aspek lebih luas, maqasid syariah juga telah diperdebatkan sebagai matlamat yang ingin dicapai oleh syariat Islam demi kepentingan umat manusia sejagat merujuk kepada pandangan Ahmad Al-Raisuni. Selanjutnya, Ibnu Rusyd pula turut menyifatkan maqasid sebagai hikmah di sebalik pensyariatan sesuatu hukum.

Manakala pada pandangan al-Syatibi, Allah telah menetapkan syariat-Nya untuk memberikan kebaikan kepada seluruh manusia dan mengelakkan sebarang kerosakan daripada menimpa mereka. Dalam konteks ini, prinsip utama syariah tidak boleh dipandang ringan atau tidak diberikan perhatian sewajarnya kerana matlamatnya sangat objektif dan praktikal bagi menjamin kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan keturunan umat manusia. Prinsip maqasid syariah juga mampu membantu melancarkan urus tadbir sesebuah kerajaan dalam peranan pembentukan individu sehingga kepada sebuah negara yang sempurna sama ada dalam bidang intelektual, ketenteraan, sains teknologi, ICT dan sebagainya.

Ibnu Asyur pula telah membahagikan maqasid dengan lebih terperinci lagi dengan mengkategorikannya kepada dua iaitu maqasid umum dan maqasid khusus. Maqasid umum ialah maqasid yang dapat dilihat dalam hukum yang wajib dan melibatkan semua individu secara umum, manakala maqasid khusus pula ialah cara yang digunakan oleh syariah bagi merealisasikan kepentingan umum melalui tindak-tanduk perseorangan. Misalnya hukum merekodkan perjanjian hutang dalam muamalat dan sebagainya.

Ini bagi memastikan apa yang ingin dilaksanakan atau dirancang memberi manfaat sewajarnya kepada semua, terjamin serta menampakkan impak positif dan yang paling utama ialah tidak melanggar batasan atau kehendak syariat yang ditetapkan. Kepentingan asas dalam maqasid ini dalam usaha memahami dan melaksanakan dasar politik, ekonomi dan sosial yang bersesuaian, perlindungan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta adalah ciri universal yang sebenarnya mempunyai pengaruh besar dalam pembangunan sesebuah negara dan bangsa.

Bagi memastikan perbincangan berkenaan kepentingan maqasid syariah menjadi lebih tuntas, maka menjadi keperluan untuk merujuk kepada pandangan al-Syatibi bahawa maqasid syariah secara dasarnya terangkum dalam tiga kategori iaitu kepentingan dharuriyyat, iaitu segala yang sangat penting dalam survival kehidupan manusia untuk dipenuhi.

Manakala keperluan hajiyat iaitu sesuatu keperluan hidup untuk memudahkan kehidupan di dunia di mana umat manusia akan menghadapi kesempitan tanpa asas ini dipenuhi dan keperluan tahsiniyat pula suatu keperluan yang tidak penting berbentuk keselesaan semata-mata, bukan suatu kemestian.

Oleh itu, dalam melakukan sesuatu tindakan atau perancangan sama ada untuk jangka masa panjang atau pendek, maka tiga kategori ini perlu menjadi kretiria dan pra-syarat utama dalam membuat sesuatu keputusan berkenaannya terutama apabila melibatkan aspek agama, jiwa, akal, keturunan dan harta secara keseluruhannya ke arah pembentukan institusi masyarakat madani yang adil dan progresif.

~ Artikel ini dipetik dari http://www.hmetro.com.my

Thursday 1 March 2012

Pls Don't..




~......Dibimbangi kalau anda tiada berjodoh dengannya..bukan shj perlu dapatkan kemaafan dari wanita tersebut, tapi juga WALINYA. Kalau walinya sudah tiada...perlu pergi kepada datuknya atau saudara lelakinya atau bapa saudaranya dan seterusnya..Mampukah?? So please...Buat mujahidku diluar sana..jika kamu patuh kpd ibumu kerana meraih SYURGA..ketahuilah mujahidahmu ini juga wajib patuh kepada WALINYA!~