Friday 20 April 2012

Awan Nano

Pernah dengar lagu Awan Nano?  Tajuk lagu 'Awan Nano' bukan sahaja unik malah mempunyai kekuatan tersendiri dari segi emosi, moral, penyampaian dan lirik yang puitis. Lagu ini dihasilkan oleh komposer M.Nasir manakala liriknya oleh Buddhi Hekayat..Pada mulanya saya tertanya-tanya juga maksud tajuk lagu ini. Disebabkan curious nak tahu..saya mula google lirik lagu awan nano. Kalau di kampung saya nano tu maksudnya nakal. Nano= Nakal/ Tak reti duduk diam. 

Contoh ayat : Anok sape la nano ngat ning?? (Anak siapa la nakal sangat ni??)

Persoalannya, kenapa pulak awan tu nakal ye? He3..




Rupa-rupanya awan itu bukanlah awan yang berada di langit atas sana. Nukilan orang seni sangat tinggi bahasanya dan pengertiaanya. Namun berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya yang terhad ini, bolehlah dirumuskan serba sedikit tentang lagu yang saya suka ini.  Awan Nano menurut penulis lirik tersebut, ialah 'awan yang berselerakan'. Awan yang melindungi. Inspirasi lirik dari sebuah kisah manusia agung Nabi Muhammad SAW. Semasa zaman kanak-kanak Baginda, perjalanan kekasih Allah itu dilindungi awan.

Pada suatu hari pendeta Buhaira melihat awan yang mengikuti serombongan kafilah Arab yang dalam perjalanan menuju ke Syam.Awannya bergerak aneh, sekejap ke kanan, sekejap ke belakang, sekejap ke depan. Seolah-olah mengikut sesuatu. Rombongan kafilah Arab itu dipimpin oleh bapa saudara Nabi bernama Abu Talib RA. Nabi Muhammad juga turut serta didalamnya. Akhirnya kumpulan itu behenti di sebuah gereja yang menjadi tempat persinggahan musafir dan peniaga untuk berehat.  Lalu pendeta Buhaira mendapat idea untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki yang dilindungi itu. Maka pendeta itu menjemput kumpulan berkenaan untuk menjamu selera. 

Maka semua orang masuk, tapi awan itu tidak berganjak. Pendeta itu menahan bapa saudara Muhammad saw, Abu Talib, lalu berkata "Ada orang lagi yang tinggal?". Jawabnya, "hanyalah anak saudaraku, ia masih kecil..tidak layak sertai jamuan orang dewasa ini." Pendeta itu memberitahu supaya dipanggil anak itu. Apabila anak itu bergerak, maka awan itu bergerak. Ternyata awan itu bergerak di mana sahaja anak itu bergerak, untuk melindungi nya.

Setelah diselidiki, maka gembiralah pendeta Buhaira apabila mendapati anak kecil tersebut mempunyai tanda kerasulan. Dengan semua bukti yang ada, yakinlah hati pendeta tentang anak ini bakal diangkat menjadi rasul. Lantas dia memberi nasihat kepada Abu TAlib agar anak ini dijaga dengan baik kerana dia akan menjadi manusia yang maha penting. Abu Talib berjanji akan menjaga Muhammad saw sebaik-baiknya. Malah kasihnya pada Nabi Muhammad SAW makin bertambah.

Itulah kasih-sayang dalam konteks cinta agung Allah dan kekasihNya, Muhammad SAW.  Dalam konteks yang lebih kecil, awan nano didalam lagu ini digambarkan sebagai kasih sayang ayah & ibu kepada anaknya. Diri mereka ibaratnya awan dilangit. Jika anda mendengar dan cuba memahami liriknya, anda dapat rasakan apa maksud yang tersirat disebalik lagu ini. Sudah pasti hati anda akan tersentuh.


Awan beratur..
Nukilan Buddhi Hekayat membuktikan kasih dan sayang hadir tanpa kita sedari. Ikhlas dan kejujuran menjadi tunjang tulusnya kasih sayang dalam kehidupan sehari-hari. Keadaan panas dan dahaga menjadi simbolik kesusahan dan kesukaran yang kita alamai. Awan yang diperihalkan menjadi penyelamat. Hadir sebagai teman disaat kesulitan yang tidak pernah sedikit pun mengabaikan kita dan sentiasa berusaha membantu apabila memerlukan. Awan nano itulah menjadi teman waktu senang dan susah.

Awan nano setiap insan berbeza. Ada yang menganggap ayah merekalah awan nano yang sentiasa bekerja keras untuk masa depan keluarga. Ada juga yang berkata ibulah awan nano yang sebenar. Sesiapa pun  awan nano dihati anda, jangan pernah lupa diri mereka yang sentiasa ada untuk anda.

Awan nano memberi tafsiran yang cukup unik. Bagaimana kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dari khilaf wajar menghargai apa yang kita ada dan menikmati peluang yang diperolehi.


"Awan apabila memutih di langit, tidak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Kalau ada, adalah..Kalau tiada, tak mengapalah. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus.  Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit"

Awan Nanoku ..

*credit to ayluv untuk sumber gambar awan..




Thursday 12 April 2012

Ada apa di Medan? (Part II)

11 April 2012

"Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dahsyat" (Al-Zalzalah). 
Pengalaman bermusafir kali ini sungguh terkesan bila dipilih Allah merasai gegaran gempa bumi 7.4sr di Medan. Gempa berpusat di Aceh pada skala 8.5sr.


Solat subuh berjemaah di anjung hotel sebelum memulakan
persidangan hari kedua.

Keynote Prof di Kampus Utama UMSU
Kurang lebih jam 3 petang dewan conference bergegar...!
Kami diarahkan keluar dewan.
Dr Zahari dan Ustaz Khairul duduk sambil
menyentuh bumi.Terasa panas dan bergelora seolah-olah berada dalam bot.
Melihat kekuasaan Allah di depan mata.Wajah-wajah bimbang warga USM yang dalam
keadaan terkejut..Intan  cuba membuat panggilan agaknya. Hanya
SMS yang boleh diakses ketika itu.

Ibu ini antara yang awal berlari keluar dari dewan.
Menangis sambil melaungkan "Allahuakbar"
Mangsa mentally traumatic...Bila aku dekati dan bertanya, rupanya ibu ini dari Aceh.
Katanya "Ibu takut gegar kuat begini, ibu tbimbang keadaan anak
di rumah. Dia sedang tidur dilantai tiga"




" Kalau Allah takdirkan berlaku tsunami di Aceh ketika itu,
kami taknak balik Malaysia. Kami nekad nak pi sana tolong depa.."
Kak Murni & the gang. Tinggi sungguh semangat mujahidah ISDEV ini.


Rupanya gempa berpusat di Aceh. Mendapat maklumat selanjutnya apabila
 pulang nonton di hotel.  Salah satu siaran tv yang melaporkan perkembangan gempa.


8.5 SR bakal mengundang tsunami...Alhamdulillah Allah menjaga kami.


Wednesday 11 April 2012

K.A.S.U.T

Medan 11.4.2012
6 a.m


Kasut saya

Hari ini hari ke-5  saya bermusafir.  Seperti biasa aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Perut saya tak berapa selesa pagi ni...mungkin disebabkan makan cabai di rumah Pak Henry Yarsyah semalam.  Jadi, lambatlah ke musholla. Baru je lima minit melabuhkan diri saya tersentap dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dr Zahari. Dr Zahari bercerita tentang kasut- Kasut yang selama ini kita pandang kecil. Berselerak di hujung ruang. Tapi pada suatu hari, kasut-kasut itu tersusun kemas. Kata Dr Zahari, ' Ada sesiapa perasan tak..kelmarin kasut-kasut jemaah tersusun kemas dan rapi?'. 'Ada sesiapa terfikir tak...siapa yang menyusun kasut-kasut tersebut?'. Sambung Dr Zahari lagi, 'Sebenarnya, kasut-kasut itu disusun oleh Prof''.

Sungguh saya terkejut..Malunya! Orang yang saya paling hormat dalam jemaah ini yang menyusun kasut-kasut kami rupanya..! Kasut saya kotor. Maklumlah travel berhari-hari. Kasut saya meredahi berbagai-bagai jalan yang becak (Menurut Pak Irfan, cuaca  hujan di sebelah petang. Kami pula selalu masuk jalan kampung sebab dijamu lunch & dinner di rumah sahabat-sahabat Medan). Saya tak terfikir nak basuh kasut tu. Biarlah dia kotor untuk seminggu ini. Lagipun letaknya di kaki. Tapi hakikatnya, kasut itulah yang melindungi kaki saya dari kekotoran. Kasut itulah sebagai alas untuk kaki ini melangkah dalam mujahadah ke jalan Allah. Saya lupa yang kecil itu sangat berguna. Saya kan mengejar waktu. Tak mahu ketinggalan solat berjemaah. Tak mahu ketinggalan tazkirah dari orang-orang yang hebat. Tak mahu terlepas nasihat ustaz-ustaz yang berilmu dan beriman. Malangnya, saya lupa menjaga dan menghargai kasut kecil itu. Saya biarkan dia berselerak hingga di pijak-pijak oleh jemaah lain.Sehingga prof yang menyusun. Kata Prof, " Sesuatu yang besar itu bermula dari yang kecil. Kita bercakap di pentas antarabangsa, bergaul dengan cendikiawan dari pelosok asia dan dunia..bercakap isu-isu dunia yang besar-besar belaka tapi kita lupa perkara yang kecil..."

Ya Allah! Malunya..Sungguh terkesan di hati. Jemaah yang lain pun termenung. Pak Aziz (calon PHD paling senior) bangun lalu mengaku kekhilafan diri. Tazkirah subuh hari ini sangat berguna..Bilamana diri mengaku sebagai pejuang agama Allah. Tapi pejuang yang memandang perkara yang besar. Yang lupa melihat perkara kecil. Terima kasih Dr Zahari kerana menyentuh akal ini untuk berfikir tentang 'kebesaran' sesuatu yang kecil. Terima kasih Prof kerana menyentuh hati ini dengan tunjukkan teladan 'besar' melalui tindakan yang kecil. For me, it's a simple da'wah. Almost everything you do in life can become da'wah. It is as simple as doing the SMALL and SIMPLE things.

~Teringat pada ma di kampung saat tu. Kalau tak silap saya, kasut itu dibeli dengan ma di East Cost Mall Kuantan. Ma pun ada sepasang. Sama design dan warna. Ma cakap kasut ni bagus. Sesuai la nak bawak masuk mana2..hutan ka, bandar ka, sungai ka. Jadi awak xperlu bawak kasut banyak-banyak. Kecil je saranan ma..tapi besar faedahnya. Kata senior saya : ibu kita orang kampung, dia memang tak belajar tinggi,  ofisnya di dapur, dia ajar kita perkara yang kecil2 je..tapi yang kecil tu la kalau diperhalusi sangat besar manfaatnya.~



Prof Muhammad Syukri Salleh said, " Allah won't ask how far we change the  system in this world, but He will look even the very small effort of sincere heart...". Gambar dirakamkan di Masjid Raya Taqwa Parapat ,Danau Toba



Tuesday 10 April 2012

Ada apa di Medan? (Part I)

Ada apa di Medan? Banyak..saya sendiri tak tahu bagaimana nak mulakan cerita. Jadi, entri kali ini saya hidangkan dengan gambar foto. Foto ini termasuklah perjalanan di Danau Toba, Pulau Samosir dan UMSU. Biarlah gambar yang berbicara. Yang pasti inilah perjalanan dan pengalaman 'sebenar'..

Van yang berjasa mengangkut kami ke destinasi

Keindahan Tasik Danau Toba di subuh hari


Menuju ke Pulau Samosir...Shopping time..!


Inilah supervisor saya. Sentiasa menelaah tesis pelajar walau
dimana berada. Kagum!

Horass...horass! Ibu & bapak2 didendangkan dengan welcoming song
oleh  anak-anak pulau.

Keynote Hari Pertama di UMSU oleh Prof

Saya dan calon-calon PHD dari Malaysia dan Indonesia pada pembentangan hari pertama
Alhamdulillah selesai..

Sunday 8 April 2012

Tadabur & Tafakur Alam

8 April 2012
Danau Toba

Hari kedua bermusafir. Seramai 40 jemaah ISDEV bertolak dari Medan ke Danau Toba dengan menaiki bas. Di atas bas, Prof Syukri mengumumkan  tema perjalanan ke Danau Toba ialah "Bertadabur & Bertafakur  Dengan Alam".

Walaupun saya tidak membawa lappy (berat la nak usung lappy tu). Namun pen dan buku kecil sentiasa berada dalam beg 'sekolah'. Selepas perasmian tema oleh Prof, lantas jari ini menulis setiap yang  tergambar dimata, terlintas difikiran dan tersingkap di hati sehinggalah kami sampai ke tasik Danau Toba...

Alam itu dicipta Allah. Indahnya alam menggambarkan besarnya kekuasaan Allah. Kata Ustaz Syakir dalam tazkirahnya di kelas pengajian Selasa, "Bila kita takjub/kagum dengan kekuasaan ciptaan Allah...lalu kita terdetik "MasyaAllah, agungnya kejadian-Mu'- Itu sudah dikira zikir.Lalu bagaimana lagi nak bertadabur dan bertafakur? Ingatlah Allah selalu. Jagalah Allah selalu. Melihat gunung-ganang, ingat Allah. Lihat tasik danau,ingat Allah. Lihat pokok-pokok, ingat Allah. Seluas mata memandang, ingat Allah. Itulah tanda kita mahu dekat dengan Allah. Bila hamba mahu dekat dengan Allah, takkan Allah jauhkan diri dari hambaNya pula. Mustahillah Allah jauhkan jarak dari hamba yang mengingatiNya sebab Allah kan janji...If you remember Allah, Allh will remember you.If you take 1 steps towards Allah,  then Allah will come towards you by 10 steps and forth..But you have to take the first step. Bila kita ingat Allah saat susah dan senang, nescaya Allah akan ingat kita saat kita senang..apatah lagi saat kita dilanda kesusahan..


So, do you love Allah...?

di Danau Toba


~Love what Allah loves then Allah will also love you~

Saturday 7 April 2012

Kembara Musafir..



Pesan Bisyr:
"Wahai para qari, Bermusafirlah! Nescaya kamu akan menjadi lebih baik. Sesungguhnya air itu apabila mengalir nescaya baik. Apabila ia lama berhenti pada sesuatu tempat ianya berubah menjadi busuk".



Tanggal 7 April 2012 saya bersama warga ISDEV berpeluang bermusafir ke Medan. Musafir ini adalah untuk menjayakan pembentangan Workshop Antarbangsa Pembangunan Berteraskan Islam Ke-5 (WAPI 5) 2012 di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara Medan Indonesia. 

Musafir kali ini mengambil masa seminggu. Musafir telah menjadi sebahagian tradisi ISDEV. Tradisi yang diwarisi daripada pecinta-pecinta ilmu. Orang-orang soleh beroleh ilmu dengan cara bermusafir. Selain dapat menyingkap ilmu, musafir juga memberi peluang untuk kita lebih mengenali seseorang. Mengapa begitu? Sebenarnya dengan cara bermusafirlah Allah menyingkap apa yang selama ini tersembunyi. Ia sesuai dengan pertanyaan Sayyidina Umar al-Khattab; "Adakah engkau menemaninya dalam perjalanan yang dapat menjadi dalil atas kemuliaan akhlaknya?". Apabila pertanyaan disambut dengan jawapan "Tidak". Sayyidina Umar terus berkata; "Maka engkau masih belum mengenali orang itu."




~Aku bukan yang terbaik..namun ku cuba menjadi lebih baik~





Friday 6 April 2012





~Someone who really loves you will show you they want you, will prove  that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, ”To be in Jannah,together,forever”~