"Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dahsyat" (Al-Zalzalah).
Pengalaman bermusafir kali ini sungguh terkesan bila dipilih Allah merasai gegaran gempa bumi 7.4sr di Medan. Gempa berpusat di Aceh pada skala 8.5sr.
| Solat subuh berjemaah di anjung hotel sebelum memulakan persidangan hari kedua. |
| Keynote Prof di Kampus Utama UMSU |
| Kurang lebih jam 3 petang dewan conference bergegar...! Kami diarahkan keluar dewan. |
| Dr Zahari dan Ustaz Khairul duduk sambil menyentuh bumi.Terasa panas dan bergelora seolah-olah berada dalam bot. |
| Melihat kekuasaan Allah di depan mata.Wajah-wajah bimbang warga USM yang dalam keadaan terkejut..Intan cuba membuat panggilan agaknya. Hanya SMS yang boleh diakses ketika itu. |
| Ibu ini antara yang awal berlari keluar dari dewan. Menangis sambil melaungkan "Allahuakbar" |
![]() |
| Rupanya gempa berpusat di Aceh. Mendapat maklumat selanjutnya apabila pulang nonton di hotel. Salah satu siaran tv yang melaporkan perkembangan gempa. |
| 8.5 SR bakal mengundang tsunami...Alhamdulillah Allah menjaga kami. |


No comments:
Post a Comment