Jika takdir ALLAH menentukan yang kita bukan dengan dirinya, Kita tidak akan bersama dengannya.., Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, Kita tetap akan bersama dirinya.., Karena tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar... dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmuNya, insyaALLAH. Tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang...Dan yang sebaik-baik merancang itu adalah ALLAH S.W.T
Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMU.. tuntunlah kesesatan ini ke arah jalanMU.. dan bimbinglah hati ini menuju petunjukMU..
Wednesday, 2 May 2012
Friday, 20 April 2012
Awan Nano
Pernah dengar lagu Awan Nano? Tajuk lagu 'Awan Nano' bukan sahaja unik malah mempunyai kekuatan
tersendiri dari segi emosi, moral, penyampaian dan lirik yang puitis. Lagu ini
dihasilkan oleh komposer M.Nasir manakala liriknya oleh Buddhi Hekayat..Pada
mulanya saya tertanya-tanya juga maksud tajuk lagu ini. Disebabkan curious nak
tahu..saya mula google lirik lagu awan nano. Kalau di kampung saya nano tu
maksudnya nakal. Nano= Nakal/ Tak reti duduk
diam.
Contoh ayat : Anok
sape la nano ngat ning?? (Anak siapa la nakal sangat ni??)
Persoalannya, kenapa pulak awan
tu nakal ye? He3..
Rupa-rupanya awan itu bukanlah awan yang berada di langit atas sana. Nukilan orang seni sangat tinggi bahasanya dan pengertiaanya. Namun berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya yang terhad ini, bolehlah dirumuskan serba sedikit tentang lagu yang saya suka ini. Awan Nano menurut penulis lirik tersebut, ialah 'awan yang berselerakan'. Awan yang melindungi. Inspirasi lirik dari sebuah kisah manusia agung Nabi Muhammad SAW. Semasa zaman kanak-kanak Baginda, perjalanan kekasih Allah itu dilindungi awan.
Rupa-rupanya awan itu bukanlah awan yang berada di langit atas sana. Nukilan orang seni sangat tinggi bahasanya dan pengertiaanya. Namun berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya yang terhad ini, bolehlah dirumuskan serba sedikit tentang lagu yang saya suka ini. Awan Nano menurut penulis lirik tersebut, ialah 'awan yang berselerakan'. Awan yang melindungi. Inspirasi lirik dari sebuah kisah manusia agung Nabi Muhammad SAW. Semasa zaman kanak-kanak Baginda, perjalanan kekasih Allah itu dilindungi awan.
Pada suatu hari pendeta Buhaira melihat awan
yang mengikuti serombongan kafilah Arab yang dalam perjalanan menuju ke
Syam.Awannya bergerak aneh, sekejap ke kanan, sekejap ke belakang, sekejap ke
depan. Seolah-olah mengikut sesuatu. Rombongan kafilah Arab itu
dipimpin oleh bapa saudara Nabi bernama Abu Talib RA. Nabi Muhammad juga turut
serta didalamnya. Akhirnya kumpulan itu behenti di sebuah gereja yang menjadi
tempat persinggahan musafir dan peniaga untuk berehat. Lalu pendeta
Buhaira mendapat idea untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki yang dilindungi
itu. Maka pendeta itu menjemput kumpulan berkenaan untuk menjamu selera.
Maka semua orang masuk, tapi awan itu tidak
berganjak. Pendeta itu menahan bapa saudara Muhammad saw, Abu Talib, lalu
berkata "Ada orang lagi yang tinggal?". Jawabnya, "hanyalah anak
saudaraku, ia masih kecil..tidak layak sertai jamuan orang dewasa ini."
Pendeta itu memberitahu supaya dipanggil anak itu. Apabila anak itu bergerak,
maka awan itu bergerak. Ternyata awan itu bergerak di mana sahaja anak itu
bergerak, untuk melindungi nya.
Setelah diselidiki, maka gembiralah pendeta
Buhaira apabila mendapati anak kecil tersebut mempunyai tanda kerasulan. Dengan semua bukti yang ada, yakinlah hati pendeta tentang
anak ini bakal diangkat menjadi rasul. Lantas dia memberi nasihat kepada Abu
TAlib agar anak ini dijaga dengan baik kerana dia akan menjadi manusia yang maha
penting. Abu Talib berjanji akan menjaga Muhammad saw sebaik-baiknya. Malah
kasihnya pada Nabi Muhammad SAW makin bertambah.
Itulah kasih-sayang dalam
konteks cinta agung Allah dan kekasihNya, Muhammad SAW. Dalam konteks yang lebih kecil, awan nano didalam
lagu ini digambarkan sebagai kasih sayang ayah & ibu kepada anaknya. Diri
mereka ibaratnya awan dilangit. Jika anda mendengar dan cuba memahami liriknya,
anda dapat rasakan apa maksud yang tersirat disebalik lagu ini. Sudah pasti
hati anda akan tersentuh.
Nukilan Buddhi Hekayat membuktikan kasih
dan sayang hadir tanpa kita sedari. Ikhlas dan kejujuran menjadi tunjang
tulusnya kasih sayang dalam kehidupan sehari-hari. Keadaan panas dan dahaga
menjadi simbolik kesusahan dan kesukaran yang kita alamai. Awan yang
diperihalkan menjadi penyelamat. Hadir sebagai teman disaat kesulitan yang
tidak pernah sedikit pun mengabaikan kita dan sentiasa berusaha membantu
apabila memerlukan. Awan nano itulah menjadi teman waktu senang dan susah.
![]() |
| Awan beratur.. |
Awan nano setiap insan berbeza. Ada yang
menganggap ayah merekalah awan nano yang sentiasa bekerja keras untuk masa
depan keluarga. Ada juga yang berkata ibulah awan nano yang sebenar. Sesiapa
pun awan nano dihati anda, jangan pernah
lupa diri mereka yang sentiasa ada untuk anda.
Awan nano memberi tafsiran yang cukup unik. Bagaimana kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dari khilaf wajar menghargai apa yang kita ada dan menikmati peluang yang diperolehi.
"Awan apabila memutih di langit, tidak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Kalau ada, adalah..Kalau tiada, tak mengapalah. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit"
Thursday, 12 April 2012
Ada apa di Medan? (Part II)
"Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dahsyat" (Al-Zalzalah).
Pengalaman bermusafir kali ini sungguh terkesan bila dipilih Allah merasai gegaran gempa bumi 7.4sr di Medan. Gempa berpusat di Aceh pada skala 8.5sr.
| Solat subuh berjemaah di anjung hotel sebelum memulakan persidangan hari kedua. |
| Keynote Prof di Kampus Utama UMSU |
| Kurang lebih jam 3 petang dewan conference bergegar...! Kami diarahkan keluar dewan. |
| Dr Zahari dan Ustaz Khairul duduk sambil menyentuh bumi.Terasa panas dan bergelora seolah-olah berada dalam bot. |
| Melihat kekuasaan Allah di depan mata.Wajah-wajah bimbang warga USM yang dalam keadaan terkejut..Intan cuba membuat panggilan agaknya. Hanya SMS yang boleh diakses ketika itu. |
| Ibu ini antara yang awal berlari keluar dari dewan. Menangis sambil melaungkan "Allahuakbar" |
![]() |
| Rupanya gempa berpusat di Aceh. Mendapat maklumat selanjutnya apabila pulang nonton di hotel. Salah satu siaran tv yang melaporkan perkembangan gempa. |
| 8.5 SR bakal mengundang tsunami...Alhamdulillah Allah menjaga kami. |
Wednesday, 11 April 2012
K.A.S.U.T
Medan 11.4.2012
6 a.m
6 a.m
| Kasut saya |
Hari ini hari ke-5 saya bermusafir. Seperti biasa aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Perut saya tak berapa selesa pagi ni...mungkin disebabkan makan cabai di rumah Pak Henry Yarsyah semalam. Jadi, lambatlah ke musholla. Baru je lima minit melabuhkan diri saya tersentap dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dr Zahari. Dr Zahari bercerita tentang kasut- Kasut yang selama ini kita pandang kecil. Berselerak di hujung ruang. Tapi pada suatu hari, kasut-kasut itu tersusun kemas. Kata Dr Zahari, ' Ada sesiapa perasan tak..kelmarin kasut-kasut jemaah tersusun kemas dan rapi?'. 'Ada sesiapa terfikir tak...siapa yang menyusun kasut-kasut tersebut?'. Sambung Dr Zahari lagi, 'Sebenarnya, kasut-kasut itu disusun oleh Prof''.
Sungguh saya terkejut..Malunya! Orang yang saya paling hormat dalam jemaah ini yang menyusun kasut-kasut kami rupanya..! Kasut saya kotor. Maklumlah travel berhari-hari. Kasut saya meredahi berbagai-bagai jalan yang becak (Menurut Pak Irfan, cuaca hujan di sebelah petang. Kami pula selalu masuk jalan kampung sebab dijamu lunch & dinner di rumah sahabat-sahabat Medan). Saya tak terfikir nak basuh kasut tu. Biarlah dia kotor untuk seminggu ini. Lagipun letaknya di kaki. Tapi hakikatnya, kasut itulah yang melindungi kaki saya dari kekotoran. Kasut itulah sebagai alas untuk kaki ini melangkah dalam mujahadah ke jalan Allah. Saya lupa yang kecil itu sangat berguna. Saya kan mengejar waktu. Tak mahu ketinggalan solat berjemaah. Tak mahu ketinggalan tazkirah dari orang-orang yang hebat. Tak mahu terlepas nasihat ustaz-ustaz yang berilmu dan beriman. Malangnya, saya lupa menjaga dan menghargai kasut kecil itu. Saya biarkan dia berselerak hingga di pijak-pijak oleh jemaah lain.Sehingga prof yang menyusun. Kata Prof, " Sesuatu yang besar itu bermula dari yang kecil. Kita bercakap di pentas antarabangsa, bergaul dengan cendikiawan dari pelosok asia dan dunia..bercakap isu-isu dunia yang besar-besar belaka tapi kita lupa perkara yang kecil..."
Ya Allah! Malunya..Sungguh terkesan di hati. Jemaah yang lain pun termenung. Pak Aziz (calon PHD paling senior) bangun lalu mengaku kekhilafan diri. Tazkirah subuh hari ini sangat berguna..Bilamana diri mengaku sebagai pejuang agama Allah. Tapi pejuang yang memandang perkara yang besar. Yang lupa melihat perkara kecil. Terima kasih Dr Zahari kerana menyentuh akal ini untuk berfikir tentang 'kebesaran' sesuatu yang kecil. Terima kasih Prof kerana menyentuh hati ini dengan tunjukkan teladan 'besar' melalui tindakan yang kecil. For me, it's a simple da'wah. Almost everything you do in life can become da'wah. It is as simple as doing the SMALL and SIMPLE things.
~Teringat pada ma di kampung saat tu. Kalau tak silap saya, kasut itu dibeli dengan ma di East Cost Mall Kuantan. Ma pun ada sepasang. Sama design dan warna. Ma cakap kasut ni bagus. Sesuai la nak bawak masuk mana2..hutan ka, bandar ka, sungai ka. Jadi awak xperlu bawak kasut banyak-banyak. Kecil je saranan ma..tapi besar faedahnya. Kata senior saya : ibu kita orang kampung, dia memang tak belajar tinggi, ofisnya di dapur, dia ajar kita perkara yang kecil2 je..tapi yang kecil tu la kalau diperhalusi sangat besar manfaatnya.~
~Teringat pada ma di kampung saat tu. Kalau tak silap saya, kasut itu dibeli dengan ma di East Cost Mall Kuantan. Ma pun ada sepasang. Sama design dan warna. Ma cakap kasut ni bagus. Sesuai la nak bawak masuk mana2..hutan ka, bandar ka, sungai ka. Jadi awak xperlu bawak kasut banyak-banyak. Kecil je saranan ma..tapi besar faedahnya. Kata senior saya : ibu kita orang kampung, dia memang tak belajar tinggi, ofisnya di dapur, dia ajar kita perkara yang kecil2 je..tapi yang kecil tu la kalau diperhalusi sangat besar manfaatnya.~
Tuesday, 10 April 2012
Ada apa di Medan? (Part I)
Ada apa di Medan? Banyak..saya sendiri tak tahu bagaimana nak mulakan cerita. Jadi, entri kali ini saya hidangkan dengan gambar foto. Foto ini termasuklah perjalanan di Danau Toba, Pulau Samosir dan UMSU. Biarlah gambar yang berbicara. Yang pasti inilah perjalanan dan pengalaman 'sebenar'..
| Van yang berjasa mengangkut kami ke destinasi |
| Keindahan Tasik Danau Toba di subuh hari |
| Menuju ke Pulau Samosir...Shopping time..! |
| Inilah supervisor saya. Sentiasa menelaah tesis pelajar walau dimana berada. Kagum! |
| Horass...horass! Ibu & bapak2 didendangkan dengan welcoming song oleh anak-anak pulau. |
| Keynote Hari Pertama di UMSU oleh Prof |
Sunday, 8 April 2012
Tadabur & Tafakur Alam
8 April 2012
Danau Toba
Danau Toba
Hari kedua bermusafir. Seramai 40 jemaah ISDEV bertolak dari Medan ke Danau Toba dengan menaiki bas. Di atas bas, Prof Syukri mengumumkan tema perjalanan ke Danau Toba ialah "Bertadabur & Bertafakur Dengan Alam".
Walaupun saya tidak membawa lappy (berat la nak usung lappy tu). Namun pen dan buku kecil sentiasa berada dalam beg 'sekolah'. Selepas perasmian tema oleh Prof, lantas jari ini menulis setiap yang tergambar dimata, terlintas difikiran dan tersingkap di hati sehinggalah kami sampai ke tasik Danau Toba...
Alam itu dicipta Allah. Indahnya alam menggambarkan besarnya kekuasaan Allah. Kata Ustaz Syakir dalam tazkirahnya di kelas pengajian Selasa, "Bila kita takjub/kagum dengan kekuasaan ciptaan Allah...lalu kita terdetik "MasyaAllah, agungnya kejadian-Mu'- Itu sudah dikira zikir.Lalu bagaimana lagi nak bertadabur dan bertafakur? Ingatlah Allah selalu. Jagalah Allah selalu. Melihat gunung-ganang, ingat Allah. Lihat tasik danau,ingat Allah. Lihat pokok-pokok, ingat Allah. Seluas mata memandang, ingat Allah. Itulah tanda kita mahu dekat dengan Allah. Bila hamba mahu dekat dengan Allah, takkan Allah jauhkan diri dari hambaNya pula. Mustahillah Allah jauhkan jarak dari hamba yang mengingatiNya sebab Allah kan janji...If you remember Allah, Allh will remember you.If you take 1 steps towards Allah, then Allah will come towards you by 10 steps and forth..But you have to take the first step. Bila kita ingat Allah saat susah dan senang, nescaya Allah akan ingat kita saat kita senang..apatah lagi saat kita dilanda kesusahan..
So, do you love Allah...?
![]() |
| di Danau Toba |
~Love what Allah loves then Allah will also love you~
Saturday, 7 April 2012
Kembara Musafir..
Pesan Bisyr:
"Wahai para qari, Bermusafirlah! Nescaya kamu akan menjadi lebih baik. Sesungguhnya air itu apabila mengalir nescaya baik. Apabila ia lama berhenti pada sesuatu tempat ianya berubah menjadi busuk".
Tanggal 7
April 2012 saya bersama warga ISDEV berpeluang bermusafir ke Medan. Musafir ini adalah untuk menjayakan pembentangan Workshop Antarbangsa Pembangunan
Berteraskan Islam Ke-5 (WAPI 5) 2012 di Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara
Medan Indonesia.
Musafir kali ini mengambil masa seminggu. Musafir
telah menjadi sebahagian tradisi ISDEV. Tradisi yang diwarisi daripada pecinta-pecinta
ilmu. Orang-orang soleh beroleh ilmu dengan cara bermusafir. Selain dapat
menyingkap ilmu, musafir juga memberi peluang untuk kita lebih mengenali
seseorang. Mengapa begitu?
Sebenarnya dengan cara bermusafirlah Allah menyingkap apa yang selama ini
tersembunyi. Ia sesuai dengan pertanyaan Sayyidina Umar al-Khattab;
"Adakah engkau menemaninya dalam perjalanan yang dapat menjadi dalil atas
kemuliaan akhlaknya?". Apabila pertanyaan disambut dengan jawapan
"Tidak". Sayyidina Umar terus berkata; "Maka engkau masih belum
mengenali orang itu."
~Aku bukan yang terbaik..namun ku cuba menjadi lebih baik~ |
Subscribe to:
Posts (Atom)







