Monday 28 January 2013

Friends Forever!

Kenangan terindah bersama sebahagian MISDEV 11
selepas paper terakhir =)

Thursday 10 January 2013

IMAN Teras Kekuatan ISDEV

Monthly Supervision ISDEV: January 2013

Orang ramai bertanya kepada Sufyan Ats Tsauri Rahimahullah, "Dengan siapa kami harus bergaul wahai Sufyan?" Beliau menjawab, "Dengan orang-orang yang mengingatkan mu untuk berzikir pada Allah, dengan orang-orang yang gemar beramal untuk akhirat, dan dengan orang-orang yang menambah ilmu mu ketika engkau berbicara dengannya."


Tazkirah  oleh Prof Muhammad Syukri Salleh. Kenapa Iman dijadikan teras kekuatan ISDEV? " Kerana Iman akan membawa kepada taqwa. Kalau pun belum layak di gelar beriman, paling tidak kita sudah bercita-cita menjadi orang yang beriman dan berazam memperjuangkan Islam. "

3 perkara yang perlu jaga sunguh-sungguh supaya ilmu tidak terhijab. Dosa dengan Allah. Dosa dengan ibu-bapa. Dosa dengan guru.

Jadilah ilmuan yang sebenar-benarnya. Sebagai ilmuan, kita tak berminat pada kuasa, tapi kita nak ubah  orang yang mempunyai kuasa supaya berkuasa pada tempatnya. Lihat penguasa, pemerintah, pemimpin, dan raja yang terdahulu. Depa berkuasa tapi depa tetap merujuk ulama, ilmuan dan cerdik pandai sebagai penasihat.


For ISDEV's colleagues, IMAN definitely have to be as main foundation if we want to realise our ambition. We are writing not for the sake of writing but to develop school of thought. In sha Allah.