Saturday 6 August 2011

3 Masa Allah SWT Menunggu Permintaan Anda Pada Bulan Ramadhan



Assalamualaikum.....:)

Alhamdulillah, hari nie genap hari ke-6 kita berpuasa di bulan Ramadhan....Ramadhan umpama pesta beribadah...dimana pd awalnya ada kerahmatan,petengahannya ada keampunan dan penghujungnya pembebasan dr api neraka. Kehadiran bulan Al-Quran ini membawa keberkatan yg melimpah ruah krn sebulan dlm bulan Ramadhan itu dibuka lebar-lebarnya semua pintu syurga dan dikunci semua pintu neraka....Jd, waktu inilah semua org berlumba-lumba mencari pahala dan keredhaan Allah SWT.  Renungilah insan..betapa Allah amat2 mengasihi hambaNya dan memberi kesempatan kita menjadi tamu Ramadhan tahun ini...Jommm kita sama2 amik peluang utk 'override' pahala dan rewards yang Allah dah offer sepanjang bulan mulia ni..Sape tahu, ntah2 bulan Ramadhan kali ini adalah yg terakhir utk kita..

Nabi Muhammad Saw bersabda; “Siapa yang bergembira menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan, Allah mengharamkan tubuhnya disentuh oleh api neraka” (Al-Hadis).

Utk entry kali ni, sy share sedikit info berguna yang di ambil dari www.iluvislam.com untuk renungan dan amalan bersama. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah... 





3 Masa Allah SWT Menunggu Permintaan Anda Pada Bulan Ramadhan



1- Selepas Solat Subuh.
Semasa matahari terbit adalah waktu Allah SWT membahagi-bahagikan rezeki dan Allah SWT menunggu permintaan setiap hamba-hambaNya. Allah SWT amat menbenci hambaNya yang tidur diwaktu ini.

2-Sebelum Berbuka Puasa.
Waktu yang paling berharga disaat semua manusia menyediakan juadah untuk berbuka. 3 Waktu Allah SWT tidak menolak permintaan doa mereka iaitu :

*-Doa mereka yang berpuasa.
*-Doa orang yang dizalimi.
*- Doa orang yang sedang musafir di Jalan Allah SWT.

3- Semasa Bersahur dan Saat selepas Azan Subuh.
Allah SWT telah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud ” Allah SWT sentiasa mendampingi mereka yang bersahur “. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa menunggu pujian-pujian daripada hambaNya 





~Oleh yang demikian gunalah saat yang emas in untuk berdoa kepada Allah SWT, pasti anda akan menikmati kemanisan iman apabila berdoa disaat yang amat bernilai ini…~




4 Kasih Sayang Allah SWT Zahirkan Pada Orang Mukmin Di Bulan Ramadhan


1-Allah SWT anugerahkan rasa rindu dan cinta pada bulan Ramadhanuntuk orang mukmin yang terpilih.
2- Allah SWT mendekatkan orang mukmin yang berada jauh daripada Allah SWT diluar bulan Ramadhan.
3- Allah SWT  menunaikan permintaan orang yang melakukan perkara haram diluar bulan Ramadhan tetapi bertaubat di bulan Ramadhan.
4- Allah SWT menunjukkan jalan Taubat atau jalan kebaikkan kepada mereka yang melakukan kejahatan diluar bulan Ramadhan ( Dengan kehendak dan pilihan Allah SWT )



Tahukah anda...?? Betapa bertuahnya kita menjadi umat Nabi Muhammad SAW?? cuba hayati anugerah nikmat yg dijanjikan Allah kpd setiap manusia yg berusaha meraih  keredhaan-Nya...Subhanallah, beruntung kan?? :)


5 Nikmat Khusus Untuk Umat Muhammad SAW Dalam Bulan Ramadhan

1- Pada malam pertama bulan Ramadhan Allah SWT akan menilik setiap wajah insan-insan yang berpuasa.

2- Mulut umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan berbau lebih wangi daripada Kasturi pada hari Kiamat nanti.

3- Umat Nabi Muhammad SAW yang berpuasa akan mendapat Doa Keampunan daripada Para mailaikat siang dan malam.

4- Allah SWT akan mengarah kepada Syurga agar bersiap dan berhias  dengan penuh keindahan  agar sedia menerima kedatangan umat Nabi Muhammad yang menunaikan puasa Ramadhan.

5- Pada malam terakhir Ramadhan Allah SWT bersedia mengampun segala dosa umat Nabi Muhammad yang berpuasa kecuali dosa-dosa yang berkaitan dengan manusia.


[sumber:www.iluvislam.com]


~Dah tahu tu...kene buat lah yer! Ayuh..perbanyakkan zikir,doa, quran dan solat dengan YAKIN dan IKHLAS lilahi ta'ala..~





No comments:

Post a Comment