Jika engkau bertemu dengan
seseorang,maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripadamu. Ucapkan dalam
hatimu,”Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia.”
Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah
(dalam hatimu) “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah,sedangkan diriku telah
banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu orang tua, maka
ucapkanlah (dalam hatimu) “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama
daripadaku, tentu dia lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan orang yang
berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu) “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak
akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang
tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan seorang yang
jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana
dia jahil (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui
akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu
lebih baik daripadaku.”
Jika bertemu dengan orang kafir,
maka katakanlah (dalam hatimu) “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak,
mungkin pada akhir usia dia, memeluk Islam dan beramal soleh, dan mungkin boleh
jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk.
[Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani ]
No comments:
Post a Comment