Ya Allah, tunjukkanlah penglihatan ini menuju cahayaMU.. tuntunlah kesesatan ini ke arah jalanMU.. dan bimbinglah hati ini menuju petunjukMU..
Sunday, 26 August 2012
HAPPY BIRTHDAY TO ME..)
Today is my 29th birthday. Yeahh..I'm getting older but age is just a number. Most important thing is to be thankful to Allah! Alhamdulillah cause Allah swt still give me an opportunity to serve Him. Many thanks to my friends, sisters, brothers and ex-students for wishes, good words and prayers. Semoga pertambahan usia ini seiring dengan pertambahan iman..=)
Monday, 20 August 2012
Ya Rabb..Aku datang menujuMu.
Bismilahirahmanirahim...
"Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan." Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi
Labbaikallahumma Labbaik! Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah. |
Tenang. Masjid Nabawi Madinah Al Munawarah. Bumi rahmah mengenggam jasad Rasulullah SAW tercinta |
Saat ni terdiam. Aboh bawa kami tawaf sunat sebelum berbuka puasa. Kali ni Ka'abah didepan mata! Aku sunguh-sunguh tengoknya berkali-kali. Alhamdulillah |
Paling kanan: Aboh. Aku dengan ma dibelakang aboh. Sempat rakam gelagat jemaah yang merapatkan saf utk menunaikan solat magbrib selepas berbuka puasa. Seperti biasa, menu utama kurma yang lazat dan air zam-zam yang sejuk
Jabar Rahmah. Ya Allah. Berikanlah cintaMu kepadaku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.
|
Jemaah menuju Masjidil Haram menunaikan solat Zohor. Menurut mutawif, tiada sekatan kemasukan dari Arab Saudi untuk ibadah umrah. Apatah lagi di musim Ramadhan. Jadi jemaah dari pelusuk dunia datang setiap bulan Ramadhan adalah menyamai malah dijangka melebihi jemaah pada musim Haji. Mereka bertumpu mendirikan ibadah, bersatu dibawah satu kalimah dan hadir dengan satu niat membesarkan Ilahi...Allahuakbar!
Saya dan ma selalu dapat tempat di basement. Basement ini tempat yang dikhaskan untuk wanita yang membawa anak kecil. Nak buat cane..tempat selalu penuh. Jemaah dari India, Morocco, Republic of cha (ini antara yang saya sempat temubual lah) semua berkampung dan tidur di Masjid. Biasanya lepas zohor kami iktikaf dulu di Masjid. Mengaji ke, solat sunat ke. Lepas tu aktiviti wajib saya ialah ambik air zam-zam di tempat dalam gambar diatas. Seludup bawa balik hotel. Bergelen-gelen jugalah saya angkut buat minum dan mandi sebab cuaca terlampau panas. Air kat toilet pun macam air panas mendidih. Bak kata aboh, " Kalau nak buat air teh, tak payah rebus air lagi dah"..Hihihi.
Ini pula antara kumpulan jemaah yang tidak berjaya masuk ke Al-Haram. Mereka berterawih di kaki lima sepanjang pintu masuk Shopping Complex Al-Safwah. Gambar ini saya rakam ketika memasuki shopping complex untuk berbuka puasa '2nd round'. Bukannya tak makan masa berbuka tadi...Tp lapar semula. Sungguh saya keletihan mengerjakan umrah dengan hanya mengalas kurma dan air zam-zam. Ketika sa'ie itulah, baru saya terasa keperitan Siti Hajar berulang-alik mencari air di tengah padang pasir yang terik.
Mula-mula masuk ke Al-Safwah yang gah tu memanglah teruja nak shopping. Tapi akhirnya niat saya terbantut apabila melihat ruang Mall, kiri dan kanan butik, depan eskulator penuh dengan jemaah yang berterawih sebab Al-Haram penuh. Tiada suasana raya...apatah lagi lagu raya. Yang kedengaran bacaan sayu tinggalkan Ramadhan.
Jadi, saya berbaliklah kepada niat asal berbuka puasa '2nd round' di sebuah restoran Malaysia di Mekkah iaitu D' Felda. Lepas jugalah rindu dengan makanan Malaysia roti canai..hehe..Alhamdulillah.
Malam 28 Ramadhan. Kami gagahi langkah dalam lautan umat Muhammad SAW. Malam terakhir yang sungguh syahdu
Tak lepas memandang ka'abah di malam terakhir. Berkali-kali aku menatapnya di saat menunaikan tawaf wida'. Semoga bertemu lagi.
Ma bergambar belatar belakang Laut Merah. Kami transit di Masjid Terapung Ar-Rahman untuk solat asar sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang.
Dilokasi yang sama. Hehe..nak jugak bergambar.
Inilah Masjid Terapung Ar-Rahman, Jeddah. Lokasinya di pantai Laut Merah. Walaupun hanya singgah sebentar menunaikan solat asar, namun berada di masjid ini teringat akan kisah mukjizat yang diberikan Allah SWT berupa tongkat kepada Nabi Musa untuk membelah Laut Merah sewaktu dikejar bala tentera Raja Fir'aun demi menegakkan agama Allah. Usai solat, kami bergerak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Kami dijadualkan berbuka puasa dan solat maghrib disana. Selanjutnya menaiki penerbangan pulang ke Malaysia dan kampung halaman Terengganu menyambut hari kemenangan Aidilfitri.
Subscribe to:
Posts (Atom)