Monday 20 August 2012

Ya Rabb..Aku datang menujuMu.

Bismilahirahmanirahim...

"Dari Abu Hurairah RA dari Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan diampunkan." Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan al-Baihaqi


Labbaikallahumma Labbaik! Aku datang memenuhi panggilanMu ya Allah.


Tenang. Masjid Nabawi Madinah Al Munawarah.
Bumi rahmah mengenggam jasad Rasulullah SAW tercinta


Bersama Ma di lokasi perkuburan syuhada Uhud





Makam syuhada Uhud. Menghayati semangat pejuang Islam yang  terkorban demi
mendaulatkan agama Allah.



Umrah pertama. Jemaah terlalu ramai.  Sayup-sayup melihat  ka'abah dari kejauhan.


Saat ni terdiam. Aboh bawa kami tawaf sunat sebelum berbuka puasa. Kali ni Ka'abah didepan mata! Aku sunguh-sunguh tengoknya berkali-kali. Alhamdulillah

                                         

Paling kanan: Aboh. Aku dengan ma dibelakang aboh. Sempat rakam gelagat jemaah yang merapatkan saf utk menunaikan solat magbrib selepas berbuka puasa. Seperti biasa, menu utama kurma yang lazat dan air zam-zam yang sejuk 



Aboh dan Ma berlatar belakang Jabar Thur. Disinilah terletaknya Gua Thur. Tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Abu Bakar As Siddiq yang lari dari ancaman Musyrikin Quraisy sebelum Baginda dan Saidina Abu Bakar meneruskan penghijrahan ke Madinah.






Puncak Jabal Nur. Disinilah terletaknya Gua Hira'. Tempat Rasulullah SAW berkhalwat selama 44 hari. Suhu panas mencecah 47 darjah celcius. Oleh kerana dalam keadaan berpuasa dan ramai jemaah dari golongan yang berusia, kami hanya melihat dari kaki bukit. Jauh dalam hati ingin  menawan bukit ini. Menyemat semangat Siti Khadijah. Beliau berusia 55 tahun ketika memanjat bukit mghantar bekalan makan untuk suami tercinta. Seorang isteri yang sentiasa menyokong suami. Mampukah aku?


Jabar Rahmah. Ya Allah. Berikanlah cintaMu kepadaku dan jadikanlah aku mencintai orang yang mencintaiMu dan mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu.




Jemaah menuju  Masjidil Haram menunaikan solat Zohor. Menurut mutawif, tiada sekatan kemasukan dari Arab Saudi untuk ibadah umrah. Apatah lagi di musim Ramadhan. Jadi jemaah dari pelusuk dunia datang setiap bulan Ramadhan adalah menyamai malah dijangka melebihi jemaah pada musim Haji. Mereka bertumpu mendirikan ibadah, bersatu dibawah satu kalimah dan hadir dengan satu niat membesarkan Ilahi...Allahuakbar!






Saya dan ma selalu dapat tempat di basement. Basement ini tempat yang dikhaskan untuk wanita yang membawa anak kecil. Nak buat cane..tempat selalu penuh. Jemaah dari India, Morocco, Republic of cha (ini antara yang saya sempat temubual lah) semua berkampung dan tidur di Masjid. Biasanya lepas zohor kami iktikaf dulu di Masjid. Mengaji ke, solat sunat ke. Lepas tu aktiviti wajib saya ialah ambik air zam-zam di tempat dalam gambar diatas. Seludup bawa balik hotel. Bergelen-gelen jugalah saya angkut buat minum dan mandi sebab cuaca terlampau panas. Air kat toilet pun macam air panas mendidih. Bak kata aboh, " Kalau nak buat air teh, tak payah rebus air lagi dah"..Hihihi.




 Jemaah semakin ramai apabila masuk waktu Asar walaupun cuaca semakin terik. Kelihatan jemaah mula memenuhi perkarangan Al-Haram untuk mengambil tempat solat Asar, berbuka puasa, solat maghrib sekaligus menunaikan ibadah terawih yang berlipat kali ganda pahala pada malamya







Suasana 10 malam terakhir Ramadhan. Saf hingga 1 kilometer. Menurut mutawif, jemaah terlalu ramai. Dianggarkan melebihi 1 juta. Dan jangan terkejut sekiranya di malam kemuncak 27 dan 29 bakal mencecah 3 juta jemaah. Sungguh syahdu. Berbagai ragam, pelbagai bangsa dan bermacam peringkat umur mengejar pahala berganda. They hunt for Lailatul Qard!



Suasana sepanjang perjalanan pulang ke hotel. Kiri kanan jalan dipenuhi jemaah yang berterawih. Saat ini kami baru selesai umrah ketiga.



Ini pula antara kumpulan jemaah yang tidak berjaya masuk ke Al-Haram. Mereka berterawih di kaki lima sepanjang pintu masuk Shopping Complex Al-Safwah. Gambar ini saya rakam ketika memasuki shopping complex untuk berbuka puasa '2nd round'. Bukannya tak makan masa berbuka tadi...Tp lapar semula. Sungguh saya keletihan mengerjakan umrah dengan hanya mengalas kurma dan air zam-zam. Ketika sa'ie itulah, baru saya terasa keperitan Siti Hajar berulang-alik mencari air di tengah padang pasir yang terik.







Mula-mula masuk ke Al-Safwah yang gah tu memanglah teruja nak shopping. Tapi akhirnya niat saya terbantut apabila melihat ruang Mall, kiri dan kanan butik, depan eskulator penuh dengan jemaah yang berterawih sebab Al-Haram penuh. Tiada suasana raya...apatah lagi lagu raya. Yang kedengaran bacaan sayu tinggalkan Ramadhan.





Jadi, saya berbaliklah kepada niat asal berbuka puasa '2nd round' di sebuah  restoran Malaysia di Mekkah iaitu D' Felda. Lepas jugalah rindu dengan makanan Malaysia roti canai..hehe..Alhamdulillah.





Malam 28 Ramadhan. Kami gagahi langkah dalam lautan umat Muhammad SAW. Malam terakhir yang sungguh syahdu



Tak lepas memandang ka'abah di malam terakhir. Berkali-kali aku menatapnya di saat menunaikan tawaf wida'. Semoga bertemu lagi.



Ma bergambar belatar belakang Laut Merah. Kami transit di Masjid Terapung Ar-Rahman untuk solat asar sebelum meneruskan perjalanan ke Lapangan Terbang.



Dilokasi yang sama. Hehe..nak jugak bergambar.






Inilah Masjid Terapung Ar-Rahman, Jeddah. Lokasinya di pantai Laut Merah. Walaupun hanya singgah sebentar menunaikan solat asar, namun berada di masjid ini teringat akan kisah mukjizat yang diberikan Allah SWT berupa tongkat kepada Nabi Musa untuk membelah Laut Merah sewaktu dikejar bala tentera Raja Fir'aun demi menegakkan agama Allah. Usai solat, kami bergerak ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah. Kami dijadualkan berbuka puasa dan solat maghrib disana. Selanjutnya menaiki penerbangan pulang ke Malaysia dan kampung halaman Terengganu menyambut hari kemenangan Aidilfitri.





Selamat tinggal Madinah AlMunawarah dan Makkatul Mukarramah. Semoga Allah menerima amalanmu dan amalan kami semua..Amin~


No comments:

Post a Comment