Buat apa di kolam?
Hehe..berenang la. Antara sukan yang saya enjoy
ialah renang. Berenang ialah sukan yang bagus kawan-kawan. Bahkan ianya sukan
yang dianjurkan Rasulullah SAW. Tapi ramai yang anggap renang ni gaya sukan
elit dan mahal. Kalau kat kampung, saya selalu di kolam tertutup Pusat Akuatik
Batu Buruk. Boleh berenang up to 2 hour
dengan bayaran rm4. Err..mahal ke rm4? Tengok wayang lagi mahal kot. Di Kampus USM pula RM1 je. Boleh berenang
dari pagi sampai petang. Cuma tak selesa sebab outdoor pool. Jadi kalau nak pergi kene pergi ladies day jer iaitu hari selasa dan khamis.Alhamdulillah setakat
ini, sukan renang banyak menolong ‘improve’ penyakit asma saya. Apa lagi kebaikan berenang ye? Jom
share sedikit info tentang sukan renang.
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang
rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua
anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina (sistem kardio). Berenang
juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
Islam menggalakkan umatnya bersukan
sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w,
Orang
mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih Allah kasihi daripada mukmin yang
lemah.
(riwayat Muslim)
Baginda juga pernah bergusti dengan ahli gusti
kafir Quraisy, Rukanah bin Abu Yazid bin Hashim. Peristiwa itu berlaku bila
mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah
jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah
memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu.Dalam peristiwa lain, Rasulullah pernah
berlumba lari dengan isterinya, Saidatina Aishah. Semua ini membuktikan yang
Islam mengharuskan kita bersukan. Pepatah Arab juga menyebut ‘otak yang cerdas
datangnya dari badan yang sihat’.Ini semua semenangnya selaras dengan kajian
saintifik yang menganjurkan kesihatan melalui sukan.Riwayat Thabarani: Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah
berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara:
1. Seorang laki-laki yang berjalan antara dua sasaran (untuk memanah)
2. Seorang yang mendidik kudanya (menunggang)
3. Bermain-main seseorang dengan isterinya.
4. Belajar berenang.
2. Seorang yang mendidik kudanya (menunggang)
3. Bermain-main seseorang dengan isterinya.
4. Belajar berenang.
Ada banyak lagi sebab untuk berenang, tetapi, secara peribadi, saya berlatih untuk kesihatan fizikal kerana saya percaya, kesihatan fizikal mendorong kepada kesihatan emosi dan mental. Emosi dan mental yang sihat pula mendorong kepada meningkatnya kesihatan spiritual. Boleh terima ke? Cubalah sendiri. Ajak kawan-kawan anda sekali..=)
Tak mahal pun kan..kan?kan?kan? |
My favorite pool (25mx 18m and 8 feet) |
Rindunya kolam..! |
Moolah Casino - The hotel and casino in - KTAR
ReplyDeleteMoolah Casino 창원 출장안마 is a luxury hotel, casino 성남 출장샵 and resort located 사천 출장안마 in the center of the Las 논산 출장샵 Vegas Strip, 하남 출장샵 near the Venetian and Casino.