Pernah dengar lagu Awan Nano? Tajuk lagu 'Awan Nano' bukan sahaja unik malah mempunyai kekuatan
tersendiri dari segi emosi, moral, penyampaian dan lirik yang puitis. Lagu ini
dihasilkan oleh komposer M.Nasir manakala liriknya oleh Buddhi Hekayat..Pada
mulanya saya tertanya-tanya juga maksud tajuk lagu ini. Disebabkan curious nak
tahu..saya mula google lirik lagu awan nano. Kalau di kampung saya nano tu
maksudnya nakal. Nano= Nakal/ Tak reti duduk
diam.
Contoh ayat : Anok
sape la nano ngat ning?? (Anak siapa la nakal sangat ni??)
Persoalannya, kenapa pulak awan
tu nakal ye? He3..
Rupa-rupanya awan itu bukanlah awan yang berada di langit atas sana. Nukilan orang seni sangat tinggi bahasanya dan pengertiaanya. Namun berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya yang terhad ini, bolehlah dirumuskan serba sedikit tentang lagu yang saya suka ini. Awan Nano menurut penulis lirik tersebut, ialah 'awan yang berselerakan'. Awan yang melindungi. Inspirasi lirik dari sebuah kisah manusia agung Nabi Muhammad SAW. Semasa zaman kanak-kanak Baginda, perjalanan kekasih Allah itu dilindungi awan.
Rupa-rupanya awan itu bukanlah awan yang berada di langit atas sana. Nukilan orang seni sangat tinggi bahasanya dan pengertiaanya. Namun berdasarkan pembacaan dan pemahaman saya yang terhad ini, bolehlah dirumuskan serba sedikit tentang lagu yang saya suka ini. Awan Nano menurut penulis lirik tersebut, ialah 'awan yang berselerakan'. Awan yang melindungi. Inspirasi lirik dari sebuah kisah manusia agung Nabi Muhammad SAW. Semasa zaman kanak-kanak Baginda, perjalanan kekasih Allah itu dilindungi awan.
Pada suatu hari pendeta Buhaira melihat awan
yang mengikuti serombongan kafilah Arab yang dalam perjalanan menuju ke
Syam.Awannya bergerak aneh, sekejap ke kanan, sekejap ke belakang, sekejap ke
depan. Seolah-olah mengikut sesuatu. Rombongan kafilah Arab itu
dipimpin oleh bapa saudara Nabi bernama Abu Talib RA. Nabi Muhammad juga turut
serta didalamnya. Akhirnya kumpulan itu behenti di sebuah gereja yang menjadi
tempat persinggahan musafir dan peniaga untuk berehat. Lalu pendeta
Buhaira mendapat idea untuk mengetahui siapakah gerangan lelaki yang dilindungi
itu. Maka pendeta itu menjemput kumpulan berkenaan untuk menjamu selera.
Maka semua orang masuk, tapi awan itu tidak
berganjak. Pendeta itu menahan bapa saudara Muhammad saw, Abu Talib, lalu
berkata "Ada orang lagi yang tinggal?". Jawabnya, "hanyalah anak
saudaraku, ia masih kecil..tidak layak sertai jamuan orang dewasa ini."
Pendeta itu memberitahu supaya dipanggil anak itu. Apabila anak itu bergerak,
maka awan itu bergerak. Ternyata awan itu bergerak di mana sahaja anak itu
bergerak, untuk melindungi nya.
Setelah diselidiki, maka gembiralah pendeta
Buhaira apabila mendapati anak kecil tersebut mempunyai tanda kerasulan. Dengan semua bukti yang ada, yakinlah hati pendeta tentang
anak ini bakal diangkat menjadi rasul. Lantas dia memberi nasihat kepada Abu
TAlib agar anak ini dijaga dengan baik kerana dia akan menjadi manusia yang maha
penting. Abu Talib berjanji akan menjaga Muhammad saw sebaik-baiknya. Malah
kasihnya pada Nabi Muhammad SAW makin bertambah.
Itulah kasih-sayang dalam
konteks cinta agung Allah dan kekasihNya, Muhammad SAW. Dalam konteks yang lebih kecil, awan nano didalam
lagu ini digambarkan sebagai kasih sayang ayah & ibu kepada anaknya. Diri
mereka ibaratnya awan dilangit. Jika anda mendengar dan cuba memahami liriknya,
anda dapat rasakan apa maksud yang tersirat disebalik lagu ini. Sudah pasti
hati anda akan tersentuh.
Nukilan Buddhi Hekayat membuktikan kasih
dan sayang hadir tanpa kita sedari. Ikhlas dan kejujuran menjadi tunjang
tulusnya kasih sayang dalam kehidupan sehari-hari. Keadaan panas dan dahaga
menjadi simbolik kesusahan dan kesukaran yang kita alamai. Awan yang
diperihalkan menjadi penyelamat. Hadir sebagai teman disaat kesulitan yang
tidak pernah sedikit pun mengabaikan kita dan sentiasa berusaha membantu
apabila memerlukan. Awan nano itulah menjadi teman waktu senang dan susah.
Awan beratur.. |
Awan nano setiap insan berbeza. Ada yang
menganggap ayah merekalah awan nano yang sentiasa bekerja keras untuk masa
depan keluarga. Ada juga yang berkata ibulah awan nano yang sebenar. Sesiapa
pun awan nano dihati anda, jangan pernah
lupa diri mereka yang sentiasa ada untuk anda.
Awan nano memberi tafsiran yang cukup unik. Bagaimana kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dari khilaf wajar menghargai apa yang kita ada dan menikmati peluang yang diperolehi.
"Awan apabila memutih di langit, tidak ramai yang menghargai akan kewujudannya. Kalau ada, adalah..Kalau tiada, tak mengapalah. Hadirnya sekecil zarah nano yang halus. Hanya apabila terik mentari membakar pipi, ketika itulah kita tercari-cari lindungan redupnya. Sayangilah mereka selama masih mereka di depan mata. Jangan tunggu sehingga awan nano merajuk membawa pergi hujan jauh dari bumi lantas membiarkan mentari membakar kulit"