Wednesday 11 April 2012

K.A.S.U.T

Medan 11.4.2012
6 a.m


Kasut saya

Hari ini hari ke-5  saya bermusafir.  Seperti biasa aktiviti dimulakan dengan solat subuh berjemaah. Perut saya tak berapa selesa pagi ni...mungkin disebabkan makan cabai di rumah Pak Henry Yarsyah semalam.  Jadi, lambatlah ke musholla. Baru je lima minit melabuhkan diri saya tersentap dengan tazkirah yang disampaikan oleh Dr Zahari. Dr Zahari bercerita tentang kasut- Kasut yang selama ini kita pandang kecil. Berselerak di hujung ruang. Tapi pada suatu hari, kasut-kasut itu tersusun kemas. Kata Dr Zahari, ' Ada sesiapa perasan tak..kelmarin kasut-kasut jemaah tersusun kemas dan rapi?'. 'Ada sesiapa terfikir tak...siapa yang menyusun kasut-kasut tersebut?'. Sambung Dr Zahari lagi, 'Sebenarnya, kasut-kasut itu disusun oleh Prof''.

Sungguh saya terkejut..Malunya! Orang yang saya paling hormat dalam jemaah ini yang menyusun kasut-kasut kami rupanya..! Kasut saya kotor. Maklumlah travel berhari-hari. Kasut saya meredahi berbagai-bagai jalan yang becak (Menurut Pak Irfan, cuaca  hujan di sebelah petang. Kami pula selalu masuk jalan kampung sebab dijamu lunch & dinner di rumah sahabat-sahabat Medan). Saya tak terfikir nak basuh kasut tu. Biarlah dia kotor untuk seminggu ini. Lagipun letaknya di kaki. Tapi hakikatnya, kasut itulah yang melindungi kaki saya dari kekotoran. Kasut itulah sebagai alas untuk kaki ini melangkah dalam mujahadah ke jalan Allah. Saya lupa yang kecil itu sangat berguna. Saya kan mengejar waktu. Tak mahu ketinggalan solat berjemaah. Tak mahu ketinggalan tazkirah dari orang-orang yang hebat. Tak mahu terlepas nasihat ustaz-ustaz yang berilmu dan beriman. Malangnya, saya lupa menjaga dan menghargai kasut kecil itu. Saya biarkan dia berselerak hingga di pijak-pijak oleh jemaah lain.Sehingga prof yang menyusun. Kata Prof, " Sesuatu yang besar itu bermula dari yang kecil. Kita bercakap di pentas antarabangsa, bergaul dengan cendikiawan dari pelosok asia dan dunia..bercakap isu-isu dunia yang besar-besar belaka tapi kita lupa perkara yang kecil..."

Ya Allah! Malunya..Sungguh terkesan di hati. Jemaah yang lain pun termenung. Pak Aziz (calon PHD paling senior) bangun lalu mengaku kekhilafan diri. Tazkirah subuh hari ini sangat berguna..Bilamana diri mengaku sebagai pejuang agama Allah. Tapi pejuang yang memandang perkara yang besar. Yang lupa melihat perkara kecil. Terima kasih Dr Zahari kerana menyentuh akal ini untuk berfikir tentang 'kebesaran' sesuatu yang kecil. Terima kasih Prof kerana menyentuh hati ini dengan tunjukkan teladan 'besar' melalui tindakan yang kecil. For me, it's a simple da'wah. Almost everything you do in life can become da'wah. It is as simple as doing the SMALL and SIMPLE things.

~Teringat pada ma di kampung saat tu. Kalau tak silap saya, kasut itu dibeli dengan ma di East Cost Mall Kuantan. Ma pun ada sepasang. Sama design dan warna. Ma cakap kasut ni bagus. Sesuai la nak bawak masuk mana2..hutan ka, bandar ka, sungai ka. Jadi awak xperlu bawak kasut banyak-banyak. Kecil je saranan ma..tapi besar faedahnya. Kata senior saya : ibu kita orang kampung, dia memang tak belajar tinggi,  ofisnya di dapur, dia ajar kita perkara yang kecil2 je..tapi yang kecil tu la kalau diperhalusi sangat besar manfaatnya.~



Prof Muhammad Syukri Salleh said, " Allah won't ask how far we change the  system in this world, but He will look even the very small effort of sincere heart...". Gambar dirakamkan di Masjid Raya Taqwa Parapat ,Danau Toba



4 comments:

  1. cermin mata saya didalam gambar tu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..perasan x gambar d snap ms ni? seems like khusyuk mndgr tazkirah..=)

      Delete
  2. Gambar juga dirakamkan oleh Cik Nora :)

    ReplyDelete