"Apabila bumi digoncang dengan goncangan yang dahsyat" (Al-Zalzalah).
Pengalaman bermusafir kali ini sungguh terkesan bila dipilih Allah merasai gegaran gempa bumi 7.4sr di Medan. Gempa berpusat di Aceh pada skala 8.5sr.
Solat subuh berjemaah di anjung hotel sebelum memulakan persidangan hari kedua. |
Keynote Prof di Kampus Utama UMSU |
Kurang lebih jam 3 petang dewan conference bergegar...! Kami diarahkan keluar dewan. |
Dr Zahari dan Ustaz Khairul duduk sambil menyentuh bumi.Terasa panas dan bergelora seolah-olah berada dalam bot. |
Melihat kekuasaan Allah di depan mata.Wajah-wajah bimbang warga USM yang dalam keadaan terkejut..Intan cuba membuat panggilan agaknya. Hanya SMS yang boleh diakses ketika itu. |
Ibu ini antara yang awal berlari keluar dari dewan. Menangis sambil melaungkan "Allahuakbar" |
Rupanya gempa berpusat di Aceh. Mendapat maklumat selanjutnya apabila pulang nonton di hotel. Salah satu siaran tv yang melaporkan perkembangan gempa. |
8.5 SR bakal mengundang tsunami...Alhamdulillah Allah menjaga kami. |
No comments:
Post a Comment